Thursday 19 January 2012

notes.

Salam.

Alhamdulillah.


By the way, aku cukup menyampah nak fikir tajuk. Bila bab tajuk, mesti blur sambil main kuku nak fikir tajuk apa yang sesuai. Arghh, kerja senang jadi rumit.


Oh hello. Aku dah freee daripada semester 7 yang horror. Oh my God. Hanya Tuhan yang tahu macam mana seksanya nak menghadapi hari-hari terakhir semester 7. Glad, it's over! :D


Kalau tanya aku, first (Management Accounting III) and last paper (Islamic Finance) je yang aku confident. Hehe. Yang tengah-tengah tu ada turun naik. Malas nak fikir, past is past. Barang yang lepas jangan dikenang. Cuak tunggu result 9/10hb Februari ni. Macam inilah hidup. Yang ini berakhir, yang lain datang bertandang.


Oh, aku nak say thanks to Dr. Junaina yang merangkap supervisor aku and lecturer Islamic Finance aku. Satu-satunya lecturer kesayangan aku dunia akhirat. :) Thank you, Dr sebab bagi soalan IF yang super best and markah proposal yang best jugak. Thank you so much. Oh, kena fikir hadiah yang gempak-gempak untuk beliau ni mulai sekarang. Bersyukur sangat lepas exam AIS lepak surau sambil tunggu turn paper IF petang tu, aku, Feruz, Ecah and Azfa and beberapa orang lagi dok beria explain antara satu sama lain tentang term-term yang ada. Murabahahlah, Mudharabahlah, Parallel Salam, Istisna' and macam-macamlah. Dan, hampir 50% yang kitorang bincang tu, masuk exam. Heee :D


Jadual exam pun macam apa je. Tapi takpe, aku cool! Bak kata Ecah "Sem ni kau tak nampak stress pun kan?" Oh, sem-sem sebelum ni aku stress eh? :p Oh, rindu kau weh. Haha. Ketam aku jangan lupa. Satu sem je. Aku tak lari mana. :p


Tapi yang best, tatkala (banyak sangat tatkala aku ni) aku sedang bergelut dengan buku setebal kamus Dewan, Fazri dengan senang hati je 6hb dah habis exam. Ya Allah, 6hb tu baru lepas satu exam aku out of 7. Bahagia betul si Fazri comel ni. Haha. Sila muntah sekarang. Anyway, happy jugak dia dah lepas present proposal PSM dia. :) And thanks jugak sebab stay beberapa hari lepas final untuk teman aku study, KATANYAA! ;D


Cuti semester ni just ambil masa sebulan je. Yang aku bengang tahap dewa ialah, pihak kolej tak beri kelonggaran langsung nak suruh student simpan je barang dalam bilik. Der, sebulan je. Tak lama. pejam celik, pejam celik, esok dah masuk sem 8. Aku pun hangin gak dengan diri sendiri. Barang tak boleh banyak lagi ke? Nasib baik ada tentera. Kalau tak jenuh aku dok mengangkat barang dari top floor tuh. Aku dah buat keputusan (cehhh), aku malas nak unpack balik barang-barang aku.


Aku kalau boleh nak terus study and study. Kita ada sampai sem 8 je eh? JPA taja sampai sem 8 je ke? Aduh, malasnya nak fikir apa yang kena buat lepas study. Kerja, kerja, pastu ehem kahwin. Oh, banyak nak kena fikir. Mesti lagi pressureee. Okay, tak yah fikir lagi. Drama betul aku ni!


Apa-pun lepas ni aku akan berangkat ke kampungku syurgaku untuk sambut CNY sama-sama dengan big familyku. Haha. Rindu kanak-kanak disana. Rindu jugak buat dia yang tersayang. ;p

Bye!

No comments: