Monday 26 December 2011

Perkara yang perlu ada/dilakukan

... semasa study week dan final exam.


1. Transfer seberapa banyak lagu ke Blackberry kalau tak nak mati kutu dengan 47 buah lagu old school aku ni. Study untuk mid-term pun boleh 10 kali repeat. Nak muntah aku dengar lagu yang sama.



2. Print-out segala notes yang ada. Website Putra LMS akan jadi sasaran aku. Akulah yang paling malas nak print notes untuk lecture. Sanggup datang kelas dengan tangan kosong. Eh, ada buku sebijik. Tak payahlah nak kosong sangatkan.



3. Bekalan duit kena cukup. Kalau tak, bersusah payah nak pergi mendaki bas semata-mata nak pergi bank.



4. Bukan setakat duit, makanan pun kena cukup. Maggie, maggie and maggie.



5. Sepanjang study week and final exam, aku memang kuarantin/bekukan laptop aku ni haa. Takkan bukak melainkan berkaitan dengan perkara assignment yang berbangkit. So, dalam tiga minggu ni aku memang tak ambil tahu hal dunia/negara/gossip artis.



6. Aku dah bekukan semua account social network aku jugak. Alhamdulillah ketagihan bertwitter menggunakan Blackberry juga dapat dikawal. Nasib baik ada kesedaran awal-awal. Kalau takk.. kemain kau bertwitter. BIS plan pun aku unsubscribe dulu.



7. Topup kena banyak. Study week equals to bergayut week.



8. So far ini je kot. Going to off my laptop. Anything, contact aku melalui handphone okay? :)


9. UPDATE: Kumpul seberapa banyak tips untuk setiap subjek. PENTING.

2 comments:

Siti Nurhayati Dollah said...

Bagus-bagus.. Good luck untuk final

LaiNad said...

Hey Kak Yatie. Thank you. Habis sudah Final ku. Alhamdulillah. :D