Tuesday 22 January 2013

Yaya's KitchenLicious: Rainbow Cake

Nama tak nak kalah tuh, KitchenLicious. Layankan jer. Hehe


Well Hello!! *Gaya AnwarHadi*

Aku sebenarnya bukanlah pengemar kek, apatahlagi pencinta kek (??). Kalau makan cuma sesuap dua sudu, then cannot go dah. That is the only time you will impress kononnya aku ni jaga badan, diet tak makan kek. Kononnyalah. Cuba kau hidang nasi depan aku, macam membela pun ada jugak. Termengata diri sendiri pulak. 

Even though aku tak berapa minat kek, tapi aku suka buat. Try macam-macam resepi. Pavlova je belum buat. Apex pun dah selamat jadi laki orang, so macam no point je aku buatkan. Tapi satu je, aku tak mau lah esok lusa aku dengar Piya nak kahwin pulak. Menangis berlagu pulak aku nanti. Biar sampai ke tua tak kahwin pun takpe, adil. Tak payah nak berebut-rebut. Eh, terlari topik pulak. Hihi. 

Red Velvet aku dah fail dulu. Nak buat balik memang kim salam jelahkan. So, aku pun usha-usha resepi Rainbow Cake ni. Nak cari resepi, kena pandai google, sebab nanti kang takut dapat resepi yang bahan tak nak kalah. Setakat nak makan sefamily tu better cari resepi yang simple. Tahu-tahu jelah bahan-bahan nak buat kek ni bukan murah. Nak nak pulak kalau buat tak jadi, kang dah membahazir. Eh ke aku je yang buat selalu tak jadi? Kahkahhh.

So ladies and gentlemen, here is the simplest recipe that I found. Thank you Google *shakehands*. 


Bahan-bahannya kek ialah;
3 cawan tepung gandum *
4 sudu kecil baking powder*
Secubit garam halus*
1 buku butter
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 cawan susu segar
5 biji putih telur
2 sudu esen vanilla
Pewarna; Merah, biru, pink, ungu, kuning, oren.
*Atleast kena ada 5-6 colours 

Ini kekdahnya pula;
-Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 170c
-Ayak bahan yang bertanda *
-Pukul gula dan butter sampai kembang
-Masukkan putih telur dan gaul
-Masukkan esen vanilla
-Masukkan bahan yang telah diayak tadi berselang-seli dengan susu segar
-Bahagikan adunan kepada 5-6 bahagian, masukkan pewarna dan kacau sebati
-Masukkan adunan yang berwarna satu persatu dan bakar about 15-20mins
*Jangan campur kesemua warna. Bawak bertenang, bakar SATU SATU.


Dan untuk topping, butter cream. 
Bahan-bahan;
1 buku creamscheese
1 cawan gula icing
1/2 cawan butter
*Untuk kesan yang terbaik, gunalah gula icing. Kalau takde, boleh je guna gula biasa tapi make sure blend sampai hancur. 

Caranya;
Pukul je semua bahan satu persatu bermula butter and icing then creamcheese. Pukul sampai kembang dan putih. 

Cream setiap lapisan pula;
Aku guna whipped cream sahaja. 
Aku beli 2 kotak kecil. Mahal kot nak beli banyak-banyak. Hihi. 

Kekdahnya;
Pukul sampai nampak thick. Tapi jangan lama sangat sebab mengikut pengalaman aku, makin lama kita pukul cream ni, makin berair pulak. So, pukul sedang-sedang je. Once nampak pekat and likat je, terus stop okay. Pakai mixerlah senang. Jenuh pulak dok memukul. 


Last but not least, 
Setelah semuanya habis dibakar, lapiskan satu satu. Setiap lapisan tu sapukan whipped cream. Topping, letakkan butter cream icing tadi. :) Then, decoratelah kek korang ikut KBKK masing-masing. HAHA


Meh layan gambar. Ini original gambar sendiri ye, tak mainlah google google der. Cewah. 




Aku buat lima kalers saja. Ini pun jenuhy dok membakar satu persatu. Tapi nasib baik setiap lapisan tu nipis, so just ambil dalam 15 minit untuk bakar satu lapisan. 


Almost done, baby! :)


Ini gambar stok Instagram. Hehe


Rupa setelah toping disapukan keseluruh kek.  



Yeay, mission accomplished! ;D 


Okay tak? hihi (Aku janggal sebenarnya nak "Hihi", bajet comel laks aku ni). Cream setiap lapisan tak nampak sebab sikit je so tak boleh letak tebal-tebal. 



Ready to eat. Jemput semua. Jemput tengok. Kehkeh.


Makan dua tiga slices je, then terbiar sehari dua. Last-last Mama angkut bagi kawan-kawan dia makan. Ehem, kena puji kot. Hehe ;p

By the way, ini semua pun hasil pertolongan adik-adikku, Asha and Ayu. Asha yang banyak sumbang idea, aku tukang mengarah je. 

Ini kalau Fazri still berubah hati, aku tak tahulah nak cakap apa. Nak kata kufur nikmat pun boleh jugak. Dahlahla kita ni pandai masak, pandai mengemas, pandai basuh, jemur dan lipat kain, pandai menjahit, pandai buat kek, biskut. Pendek cerita, kita ini memang penuh dengan nilai-nilai, unsur-unsur calon isteri yang terbaik. KAHKAH. 


Till then. 

No comments: