Monday 21 May 2012

Meroyan.

Assalamualaikum.. 

Okay, ini entry meroyan aku. Meroyan sikit.
 


Macam ini, masa event dinner kolej aku, aku pakai jubah ini. Silalah rujuk gambar dibawah. Kan aku cakap, aku obses dengan gambar ini. Kahkahkah. Sebelum aku decided nak pakai jubah ini, macam-macam dugaan berlaku. Ceh, gaya macam nak pilih suami handsome je. Kiranya aku banyak choice lah. Akulah yang banyak choice, siap penuh satu folder dengan gambar-gambar jubah yang berkenan dihati sanubari ini. Tapi bila nak order, stok habislah, jubah yang aku nak tu fashion lama lah so supplier tak keluarkan dah, and bla bla..





Lebih kurang dua minggu jugaklah aku dok mengoogle jubah yang sesuai. Cari-cari macam tu jelah, takdelah 24 jam menghadap dok mencari jubah. Mak pun banyak kerja nok. Bila google, keluar pautan yang kita cari tu, penat je aku dok mengusha satu persatu, rupanya tahun 2011 punya. Ada satu jubah tu aku sangat berkenan dihati, tanya penjual tu kata dah takde stok. Tapi takpe, aku teruskan jugak mencari jubah yang sama sebab aku percaya kadang-kadang benda yang penjual-penjual jual datang dari supplier yang sama. Aku jadi give up bila ada satu penjual ni kata jubah yang aku nak tu fashion lama. Fashion lama? Sekian terima kasih. Wakaka. Okay itu bukan masalahnya.


Di pendekkan cerita.


Aku agak bengang sikit bila deal dengan penjual-penjual jubah ini. Faham-faham jelah jubah bukan murah, paling murah aku jumpa RM90. Itu pun design entah pape, so basically yang cantik-cantik around RM150-RM200 atau lebih. Jadi kenalah serious sikit bila berniaga tu. Entah sukahatilah. Bajet aku dalam RM200 campur semua benda, bukan jubah je.



Kat facebook pun aku cari jugak. Kan sekarang kebanyakkan jual kat facebook je. Adalah 3,4 shop yang aku deal. Yang aku berkenan, aku message tanya stock availability, RM and measurement. Yang buat aku bengang sikit, bila aku tanya tu kemain ambil masa nak reply. Finelah, aku faham dorang pun banyak kerja nak buat. Tapi kalau sampai 2,3 hari nak reply itu apa cerita? Kata kau tengah berniagakan, so kenalah alert. Ini aku tak faham kenapa kena ambil masa nak reply. Itu satu. Bila reply pulak, nak tak nak je jawab. Aku penuh kesabaran tunggu dorang reply, contoh aku tanya size apa yang ada dan yang sesuai dengan body measurement aku. Reply dua tiga patah je "size L". Duh, buat aku down je. Aku tak tahulah banyak sangat kerja gamaknya atau ramai sangat customer nak dilayan. Aku fikir positif je since event tu lambat lagi. So pejam mata jelah.



Ada satu penjual tu aku sempat lepaskan bengang aku. Takdelah bengang sangat, tp benganglah jugak. Kan aku cakap, dorang ambil masa nak reply, bila reply pulak nak tak nak je. Aku pun cakaplah "Akak boleh serius sikit tak? Bagi tahu detail betul-betul. Jubah yang saya nak beli ni bukan murah-murah" Lebih kurang macam tulah, still jaga kesopanan dan kesusilaan aku. Lepas tu aku terus reject akak A tu.




Tiba giliran akak B pulak, still reply lambat, tapi tak kisah sebab dia beritahu detail semua. Okay, last jubah yang aku berkenan macam gambar kat atas ni. Ini kalau isi UPU, choice yang ke 7 daripada 8. Bagi aku cantiklah jugak, yang penting Fazri pun kata cantik. Tak tahulah betul ke tak dia tu, atau dia dah malas nak layan pertanyaan aku, bila aku tanya je semua cantik. Walala :p Lepas aku beritahu detail body measurement aku semua, akak ni kata size L tak sesuai sebab takut singkat. Dah tu, takkan nak ambil size XL pulakkan. Labuh memang labuh, tapi lebar pulak. So reject.



Tiba akak C pulak. Dia jual jubah yang sama. Samalah aku bagitahu measurement aku. Then, dia kata okay. Sesuai untuk aku size L ni. Labuh badan aku 132cm, akak C kata labuh baju ni 136cm. Aku ada question jugak kat diri sendiri, apa beza kain jubah akak C dengan akak B tu? Bukan sama ke, tapi kenapa yang tu kata lain, yang ini kata lain? Entahlah. So, terus setuju nak beli.



Once aku dah transfer duit, akak tu kata nanti supplier akan hantar dari kilang terus ke alamat aku. Finelah. By the way, supplier tu kat Indonesia. Berdasarkan bukti email, aku transfer 14 April (Birthday Vita!). Dan aku dapat jubah tu dalam hari rabu minggu aku nak dinner tu (25 April). Gila tak cuak aku tunggu baju tu nak sampai. Risau jugak ah. Aku hampir tiap hari email and SMS akak tu tanya bila baju nak sampai. Bila email susah betul nak reply. Aku bukannya apa, at least beritahulah status aku. Again, jubah tu bukannya murah. Oh jubah tu RM160. Mahallah, benda nak pakai sekali, pastu entah bila nak pakai lagi.



Tunggu punya tunggu,  tak sampai-sampai. Member ada jugak order direct from Indonesia, tapi cepat je baju dia sampai. Padahal aku beli dulu. Itu yang aku ralat sikit.



Aku, Feruz and Ecah ada outing pergi jalan TAR. Alang-alang kat jalan TAR tu, ingat nak belilah apa-apa yang patut. Tapi serious, baju jubah pun aku tak tahu warna apa. Sebab ikutkan akak tu kata soft pink yang macam gambar atas tu takde stok, dia ada soft peach. Finelah, peach pun peachlah. Aku pakai je, janji aku nampak cantik. Yang penting! Haha. Ada one time tu, aku SMS dia tanya status jubah aku, dan-dan dia kata jubah aku soft pink. Itu nasib baik aku ada SMS dia. Bila jadi macam ini, aku terus tak berani nak beli apa-apa takut tersalah warna. Bila aku mintak dia MMS atau email (since aku boleh je view email daripada  handphone aku) nak tengok colour, dia kata internet problem and kata nak bagi esok. Finelah. Aku boleh je beli online. Aku saja nak test, tunggu sampai esok satu pun takdak. Masa ni dah mula rasa bengang sikit.

 

Dan hari yang aku tunggu tu sampai jugak akhirnya. 2,3 hari lagi sebelum dinner tu. Excited jugaklah bila sampai, lega pun ada. Sampai bilik aku try pakai, hampeh SINGKAT okay. SINGKAT. Kau bayangkan dahlah berhari-hari aku tunggu (aku boleh faham kenapa), bila sampai singkat tak seperti apa yang akak tu beritahu. Terus rasa down. Ajak Feruz and Ecah tengok jubah aku. Tengok muka dorang pun aku tahu dorang tak sampai hati nak komen lebih-lebih kat aku. HAHA.



Dah tu aku kena spend time lagi nak cari ikhtiar. Adoi. Feruz kata nak bawak aku pergi alter. Aku malas sikit nak alter-alter ni, sebab mengikut sejarah hidup aku ni, jarang sangat pergi alter baju. So aku tak berapa nak harap sangat alter-alter ni. Malam itu aku terus call Mama, cerita panjang lebar mintak sponsor aku beli jubah baru kat jalan TAR. Nasib baik Mama kata okay. Aku dah tak larat nak spend banyak-banyak kat benda yang aku nak pakai sekali ini (ye, kau dah bagitahu tadi). BENGANG sangat masa ini.



Tak pasal-pasal aku terpaksa rushing balik KL. Pergi jalan TAR dengan si Ena and Eira. Yang jubah aku pakai masa dinner tu, doranglah yang suggest. Itu pun 300 kali jugaklah aku try nak cari size yang sesuai sampai kena sound dengan makcik kedai tu. Ciss. Haha.



Guess what, jubah tu hanya RM64, shawl RM10, tudung siti RM50, alter RM15, etc RM9. You do the math. Yang penting kena pandai tawar menawar. Murahkannnnnn? Sangat puas hati. Thank you, Ma!



Berbalik kepada kes jubah tu, aku nekad nak mintak refund. Kau gila nak burn macam tu je? Aku peduli apa kalau dia ada policy no refundable ke tak. Aku nak duit aku balik. RM160 tu, kalau pergi Watson macam-macam aku boleh beli. Kalau setakat RM20, RM30 aku boleh pejam mata jugaklah. RM160? Maaflah. 



Sesiapa yang pernah beli online mesti tahu kalau nak beli something tu, kita kena bank in/transfer dulu then baru penjual akan poskan? Aku nak refund jubah ni, aku kena pos dulu jubah tu, baru dia akan bayar. Macam tu policy? Penjual tak percaya customer eh? Bila customer nak beli, customer kena bayar dulu. Nak refund, customer kena pos dulu barang. Someone please explain kat aku, aku tak berapa nak faham. Itu satu. 



Korang pernah tak masuk mana-mana blogshop yang kemain besar penjual tu ban backout buyer. Siap nak blacklist customer tu. Kesian. Kemain marah kalau customer tetiba nak cancel barang ke apa. Finelah. Penat dia reserved barang untuk kau tak pun dah siap packing tetiba customer nak cancel barang. Weh, kesian tahu tak. Tapi, boleh kan kalau customer nak ban mana-mana blogshop? Like, kau penjual kenalah beritahu detail sesuatu barang tu true and fair view. Maksud aku, detail sedetailnya. Bukan sesedap kau jual barang pastu penuh blog kau macam-macam policy tak boleh itu ini, tapi sekali barang sampai? Memanglah, yang kau nak beli sangat online tu kenapakan? Win-win situationlah. 



Aku pernah beli cardigan siap kata baju tak berbulu, tapi aku pakai berbulu gak. Aku buat bodoh je, yang aku gatal sangat nak beli online kenapa? Aku tak kata semua blogshop macam tu, ada jugak 3,4 blogshop yang aku dah selesa and trust dorang. Yang penting, bila customer tanya macam-macam tu, jawab jelah. Tunjukkan rasa minat nak menjawab like masa mula-mula kau start berniaga dulu. Excited je. Dalam kes aku ni, dahlah baju singkat, pastu tompok-tompok minyak ke apa entah. Terpaksalah aku basuh. 



Yang kes ini memang aku tak boleh berdiam diri sebab RM160 tu. Lagi satu kalau customer nak reserve barang, normally 3 hari jekan. Kalau tak, akan bukak kat orang lain pulak. Maybe ada penjual yang boleh consider boleh extend beberapa hari. Macam aku pernah jugak mintak extend sebab nak tunggu JPA masuk. Haha. Point aku kat sini ialah, bila customer nak beli barang, laju je mintak customer bayar. Yela, kau berniaga mestilah nak untung. Kalau lama sangat nak reserve untuk kau memang tak ah. Baik jual kat orang lain pastu dapat duit boleh beli stok baru pulak. Tapi kalau customer mintak refund macam mana pulak? Jangan kata customer tak boleh langsung nak mintak refund. Dalam kes aku ni, akak C ni dalam dua minggu lebih nak refund duit aku. Dahlah aku kena pulangkan jubah tu dulu, pastu ambil masa nak refund duit aku tu. Eh, ke memang macam tu konsep orang berniaga, aku je yang tak tahu? Bila SMS, akak tu suruh sabar, tengah nak kumpul duit bagai. Serious aku tak faham. Boleh tak bila aku nak beli barang, tapi aku nak dia pos barang dulu, bayar kemudian sampai aku ada duit, boleh tak? Bukan ke kalau kau nak berniaga, atleast kena ada portion sikit untuk kau compesate customer. Bukan tahu nak untung jekan. 



Benda ni takdelah besar mana pun kes dia. Akak C tu kena jujur and serious bila nak beritahu maklumat in the first place. Aku bengang sebab akak tu macam nak tak nak je layan sebenarnya. Banyak kali jugak aku SMS, tapi susah nak reply. Yang lain-lain aku peralatkan Fazri, suruh Fazri SMS akak tu. Ingat aku suka ke nak push-push macam tu. Nanti akak tu down, aku pun down. Tapi takkan aku nak pejam mata je kan, duit aku. 



Benda ni jadikan pengajaran untuk aku dan korang kalau baca. Berniaga, berniaga jugak. Letak policy/disclamer macam-macam. Tapi kebajikan customer tu kena jaga jugak. Macam aku cakap, win-win situation. Kau untung, customer puas hati. Ini first time terjadi kat aku. Sebenarnya ada jugak 2,3 kali macam aku beitahu, tapi yelah kalau setakat RM30 tu takpelah. Aku halal je. Yang lain antara kau dengan Allah. Aku meroyan ni pun sebab bagi aku RM160 tu banyak sangat kalau aku nak burn macam tu. Aku dah buat kerajinan lebih daripada biasa dengan tanya macam-macam, SMS/email semua. So, memang taklah nak burn duit aku macam tu. Ikutkan untung pun dah banyak, berapa banyak kau mark up harga, duit post lagi. Kadang kat consignment note tertera harga pos, lebih banyakkk dari harga pos yang stated kat blog. Aku tak kisah pun. Ada juga yang dress RM55, aku bayar RM60. Baki RM5 burn macam tu je. See, aku tak kisah pun. Ikutkan aku dah banyak memberi keuntungan kepada korang. Haha.




Moga-moga benda ni tak terjadi pada aku bila tiba suatu hari nanti kot-kot aku ada business sendiri. Insya Allah. Next time, hati-hati bila nak beli online. Ikutkan aku ada choice nak beli online atau tidak. Dah tu kalau beli, mana boleh penjual buat macam-macam kan. Kepada akak tu, sorry ye kalau kitorang terkasar bahasa. Mintak maaf banyak-banyak. Saya student, takde income yang masuk tiap-tiap bulan. RM160 besar sangat nilai tu. That's why bermati-matian tuntut RM160 tu. Maaf sekali lagi. :)



Ini luahan hati aku je. 


Tepuk dada tanya selera.
  

3 comments:

Ariana said...

Mcm bangang je aku baca entry sampah mcm ni dh knapa 😂😂😂😭😭😭

Ariana said...

Mcm bangang je aku baca entry sampah mcm ni dh knapa 😂😂😂😭😭😭

Nini Diana said...

Aku cari cara nak pendekkan jubah tapi yang ni lak terjumpa ;-;