Thursday 16 June 2011

Precious moments : Internship.


Salam.

Alhamdulillah.


Seperti yang saya maklumkan bahawa Latihan Industri saya sudah pun berakhir pada 31 May 2011. Dan, seperti yang saya katakan pada entri-entri lepas yang saya mempunyai macam-macam (please take note that macam is my favourite word) pengalaman semasa internship saya. 6 bulan weh. Bukan 3 bulan, bukan 3 minggu. Orang yang culture shock macam oh okay tukar seperti aku yang TAK PERNAH bekerja memang pada awal-awal bulan merasakan 6 bulan adalah tempoh yang agak panjang. Serious weh. Lagi-lagi kena bangun pagi then terus sampai jam 6 petang. Kalau lectures bolehlah tahan sebab mesti ada gap. Yang takde gap tue agak-agak berapa jam kredit dia ambil satu sem? 27 jam? 30 jam?



Okaylah, aku malas nak bebel banyak-banyak sebab ketiga-tiga elemen aku ni dah warning aku yang dorang singgah sekejap je dalam diri aku. So tak nak tulis panjang-panjang nanti aku tetiba malas pertengahan jalan kang jadi anti-klimaks pulak entri ni.



Here aku listkan beberapa perkara atau moments yang aku sedang/akan rindu. Err, randomly okay.


1. Nasi beringin.

Aku start makan nasi beringin ni like one month before habis internship. Macam rugi sikitlah. Aku pun tak explore food court sebelah kanan. Tapi, ada one time ni, client datang nak ambil document. So, sambil menunggu document tue siap, dia borak-borak dengan kitorang kata kat sini ada nasi beringin yang famous. Dia selalu singgah sini sebab nak makan nasi beringin. Kitorang pun like famous apakah? kitorang yang bekerja satu bangunan nie pun tak tahu ada nasi beringin. Malu.


Kak Nurul pun pernah cerita yang dia pernah naik teksi, and driver tue pun cakap kat Menara Mutiara Bangsar ni ada nasi beringin famous. Tak boleh jadi ni, kitorang kena try jugak. Maka, satu hari ini Li Peng pergi google and keesokan hari juga kami turun nak try nasi beringin ni. First day pergi, oh my long queue doh. Terus batal niat and tanam niat baru esok turun awal like 12.30pm. So, dapatlah makan for the first time! Tu pun dah nak habis. Fuhh. Memang sedaplah!

Ini paling basic. Ada ayam and telur sebiji just RM5. Murahkan? Ayam goreng pun boleh tahan besar. Puas hatilah. Banyak lagi pilihan. Like daging, tauhu and macam-macam lagi.



Yang nie tambah sotong kurita. Dalam RM6 somethinglah. Last-last aku buang sotong ni sebab masa tu aku ingatkan sotong tu sotong biasa je sekali ambik kau. Aku tak minat sotong nie.

Kalau nak try, pergi level 2 Menara Mutiara Bangsar, nearby NSTP. Even orang-orang NSTP pun datang situ semata-mata nasi beringin. Make sure datang before 1pm. Kalau tak, harapan tinggal harapan jelah.



2. Sporting colleagues.

Kak Ana, Kak Nurul and Li Peng yang paling rapat dengan aku kat office. Dorang tiga orang umur sebaya 26 tahun. Tuakan? haha.. dorang okay sangat. Hidup aku makin best kat office bila Kak Ana join company. Kak ana masuk awal bulan April dan dia sebenarnya merangkap kawan sekampung kak Nurul. Kak Ana and Kak Nurul lulusan degree di UUM. Of coursela accounting, takkan biotech pulakkan? And Li Peng pula sedang struggle ACCA (part time) dia. And yeah, kebanyakkan tentang ACCA aku tahu daripada dialah. Kena struggle beb. Kesian dia aku tengok. Sampai dia pernah extend dalam setahun kot sebab malas and nak restkan kepala dia bila dia tak lulus satu paper ni. Imagine, kau dikira lulus bila markah kau 50 keatas. 49 kebawah dikira fail! ACCA main essays. Takde de kau nak main kira-kira buat bentuk lazim semua. 1 soalan pun dah makan hampir 2 pages. Jawapan pulak bak kata Li Peng, buatlah dalam 15-20 pages untuk lepas 5o markah sahaja. Eleh, macam tak gempak je 50, kau nak berapa 70? haa kau tambahlah lagi 10 pages. Pandai-pandailah kau bebel. Tu pun kalau jawapan kau kena sasaranlah.


But then, antara kak Nurul and Li Peng, Kak Nurul boleh dikatakan agak terer sikitlah sebab dia ada experience setahun dalam audit. Yeah, experience memainkan peranan yang sangat penting dalam kemajuan diri kita dalam bekerja. Kak Ana pulak sempoi je orangnya. Sepanjang dia ada, dialah jadi bahan untuk aku bergelak ketawa. Bestlah, memang best. Oh, kak Ana baru sms tadi beritahu dia bosan. :'( Aku tak tahu mana hilangnya gambar dorang nie. Arghh, spoil betul!


3. Lunch time.

Paling aku suka bila buat outside audit atau stat audit. Paling kurang dalam sebulan 2,3 kali buat outside audit. Pastu keluar pulak dengan Li Peng and the gang, baru nak keluar parking dari office bangunan nie Li Peng dah start tanya nak makan apa. Sebenarnya, dari situlah aku start explore banyak tempat makanan. Bila lunch time kat luar, aku sangat tak berkira untuk spend duit aku. Sebab tue kitorang mesti cari port baik punya untuk lunch. Daripada banyak-banyak restaurant yang aku pergi, aku paling tak boleh terima kedai mamak nie. Aku order mee goreng basah kalau tak silap, dahlah tak basah pastu lambat pastu tak sedap pulak tue. Sekali dia charge aku RM8 lebih. Air milo ais je pun. Memang cekik darah betul. Aku terkejut bila dia kata RM8 lebih and aku pun like "aik mahalnyaa kakk!"

Part yang aku paling suka is bila boss belanja. Hehe. Banyak boss belanja. Kejap aku cuba ingat. Em, first time is kedai mamak (nasib baik okay). Nie pun boss dah pusing-pusing cari kedai halal sebab kat situ kebanyakkan kedai Chinese yang punya. Then, Delicious. Domino's, Sakae sushi (erkk) and satu kedai pizza ni tapi lupa nama dia. tak famous pun and boss saja nak try. serious memang tak sedap. keras. Alih-alih aku tengok, kedai pizza tue dah tutup. haha. Tue tak masuk lagi sampingan like ang pau, Christmas gift and farewell gift.


Ni salah satu gift yang aku dapat dari dia. Ni aku rasa paling precious. Nak tahu kenapa? Sebab boss kata dia kata nampak aku suka makan cookies nie. So dia pun bagi aku yang besar nie. Cookies ni actually client yang bagi. Aku ada dapat satu tapi yang kecik punya. Ianya menjadi precious buat aku sebab kata-kata boss aku tu. Kak Nurul pernah kata yang dia pernah nampak boss tengok je aku buat kerja. And betullah, aku suka makan cookies nie. :') Maaflah, lighting kurang baik sebab bilik aku lampu memang romantik sikit.


4. Audit and accounting.

Aku rindu nak buat audit. Serious. Aku suka buat audit. Hari-hari terakhir aku macam merayu-rayu nak buat audit. Aku tak tahu bila lagi aku dapat buat audit. Accounting pun kerja wajib aku kat situ. Key-in transaction semua. At first memang blur, banyak salah pulak tue. Lama-lama alhamdulillah. Aku suka juga accounting. Oh, rindunya. Kak Ana dah take over tempat aku ey-in transaction semua nie.



5. Clients.

Haha.. Ada beberapa clients yang baik dengan aku lagi-lagi mana-mana client yang aku buat accounting untuk dorang sebab aku akan banyak berhubungan dengan dorang. Like Kak Norlin. Yang nie memang baik gila. dahlah filing pun sangat okay. And beberapa lagi seperti Yati, Ah Soon, and Samantha.



6. Saat berhadapan dengan bos.

Okay, kerja kitorang semuanya di assign and di review sendiri oleh boss. Big boss okay. Dah kata hadap boss, mestilah cuakkan. Boss aku nie memang baik orangnya. Sopan-santun. Tapi bila dah bekerja, tahap professionalism kena tinggi. Kau buat salah, kau kena tanggunglah apa yang akan terjadi. Otherwise, "GOOD JOB" akan tertera di first draft audit report kau. heh. Aku suka takut-takutkan Kak Ana bila dia nak pergi hadap boss. Like, "kak ana kena pergi menghadap yang berbahagia.", "Kak Ana, Abang G nak jumpa." and etc. Oh, memory gila saat tue. Memang semua akan terbahak-bahak ketawa. Pintu bilik boss ada letak something like benda gantung-gantung akan berbunyi. So, kalau dengar benda tue berbunyi, semua kecut perut and sunyi sepi je office. Haha. Kadang-kadang suka ajuk boss. Hehe.


Boss pun suka bagi motivasi kat staff dia. And senang je nak naik gaji kalau performance kau okay. Dalam setengah tahun gaji dah boleh cecah 2k. and akan berterusan naik. Baik memang baik. Plus, dia pernah tanya kat kak nurul confidence ke tak nak handle company, kalau ya dia nak beli satu company nie. Imagineeee? Padahal kak nurul baru tujuh bulan kerja. Sangatlah tak racist.

*
*
*
*

Dan banyak lagi yang tersimpan rapi dalam kotak memori aku. Aku harap segala pengalaman dan pelajaran aku semasa internship nie dapat membantu aku dalam pembelajaran aku yang tinggal lagi setahun nie. Insya Allah.


Aku ambil keputusan tak nak sambung sebab aku nak berehat. Kerja memang mencabar akal dan fikiran plus aku malas nak bangun pagi and iron baju. Langsung tiada ciri-ciri nak jadi isteri yang rajinkan? Gatai je lebih. heh. :p


Bye.


p/s : baru aku sedar, panjang juga entri ini. hehe :D

3 comments:

Miss Lady Iena Nazir said...

nampak sedap mknan kau.
meh hanta sini ckt..

(:

cik dila said...

weih. baiknye bos kau. bos kau laki ke pempuan,melayu ke cina? tua ke muda? cis,semua aku nak tanye. haha

LaiNad said...

Cik Iena,

Nampak sedap, rasa pun sedap jugak cik iena. Kalau nak, meh dtg KL. hehe :)


Cik Dila,
Baiklah jugak. Bos den lelaki, cina, umur awal 40-an. Rupa boleh tahan handsome. Jambu gitu. Berminat? haha :pp