Wednesday 10 May 2017

My Wesak Day

Hi,

My last post was three years ago!
Now I'm back! Haha

Please put the blame on my husband! 😅
Today is Wesak day, its a public HOLIDAY!
But he's not around! Tuntutan kerja, he has to stay at site, monitoring work progress! I'm stuck at my parents' house. Online, watch Youtube the whole day sampai pening. Adoi.

But, its OK. He will come back tomorrow. Cant wait to see him, hug him tightly. I miss him so much, sorry i cant help myself! And this weekend, he's mine! 😍

Before I left my husband last Sunday, I said to him, "Takpe, nanti kita jumpa hari Jumaat. Rabu tak payah balik KL, nanti penat, takut Khamis kena pergi Site pulak." And nahh, Isnin dah siap-siap Whatsapp husband suruh balik this Wednesday. Selasa siap pack barang balik Semenyih right after office hour. But noo, he has to stay there as the site is working! So saddddd. Rindunyaa!

But ya, I should replace this public holiday with another day where my husband is around.

So, the conclusion is, my husband is the reason why I'm here, at blogspot. To express my feeling towards him - terlalu rindu (secara tiba-tiba). Hope all is well.

Drive safe, my baby husband. I love you. See you soon. 😘

Thursday 15 May 2014

Update kehidupan diri

Haiiii!

Fuhhhhhhh, rasa janggal sangat nak menulis ni kat blog ni.
Sedar tak sedar dah masuk dua tahun grad daripada UPM.
Blog ni berkaitan okay dengan kehidupan semasa di UPM.

UPM = BLOG ;)

Anywayssss, how's everyone doing? :) Me good. Macam biasa.
Alhamdulillah semua baik-baik. Family, Pajri, dan aku sendiri baik baik.

Aku sekarang tengah buat Master in Business Admin (MBA) di UiTM.
July nanti Insya Allah habislah semester dua aku.
Kalau takde aral melintang, semua paper clean, thesis aku cantik, Insya Allah Januari 2015 habislah master ku ini.
Doa-doakan, Amin.





Aku sekarang dah jadi Aunty.
Abang aku selamatkan melahirkan anak pertama dia (hahaha lucu).



Ini diaa anak buah cheq. Kedah mai. Lelaki.


Piji pun dah selamat grad daripada UTM.
Kalau dah bagi anugerah penganggur terhebat, bolehlah bagi kat dia.




Ira aka budak cakap tak serupa bikin pulak tinggal satu sem je lagi nak habiskan diploma dia.
Heaven pulak dia ada kat rumah sebab dialah tukang masak, tukang lipat kain. Hewhewhew.
Alhamdulillah, result dia memberangsangkan.
DL untuk lima sem berturut-turut.




Budak paling bajet bagus pulak dah masuk second sem kat UKM.
Budak ni kerja takde lain tetiap minggu balik rumah.
Dulu aku ingat UPM lah paling jauh, kesian mama kena ambil aku.
Ini rupanya UKM lagi jauh.
Nasib baik aku bukan mak kau, kalau tak mesti sentap ada mak macam aku ni berkira nak pergi ambil anak sendiri. Hahaha





Asha aka budak paling malas pulak dah selamat kitorang sumbat dia kat SBP Banting.
Alhamdulillah rezeki mama dan dia.
PMR tahun lepas dia berjaya score straight A's
Ni pun memanjang homesick.
Ada dalam dua kali minta mama tukar sekolah balik.
Gila ke apa?
But now, Alhamdulillah she's getting better.
Allah permudahkan mama dan budak ni.
SBP ni kalau ikutkan balik sebulan sekali.
Tapi dia, hampir setiap minggu nampak muka dia.
Memang tetiap minggu aku busy gila pergi ambil and hantar dia.
Lama-lama jadi exhausted gila Bangsar - Banting.
Lalu pulak SKVE, yang panjang gila jalan dia.
Ini pun tengah bayangkan SKVE, sesak napas aku.





Ayu aka budak emo pun dah selamat kitorang humban dia masuk asrama. Hahaha
UPSR dia 4A, so memang tak lepas nak masuk SBP ke apa.
Tapi mama mintak jugak jabatan masukkan mana-mana sekolah kluster yang ada asrama.
Alhamdulillah dapat. Kat Cheras je.
Bukan apa, budak ni ada potensi nak berjaya dalam akademik.
Cuma aku tak berapa berkenan kalau dia stay kat rumah.
Tambah-tambah lagi ada kakak-kakak dia, wifi, laptop, handphone, FB, Twitter, IG, semualah.
Macam takde life aku tengok bebudak ni obsess macam tu sekali.
So aku rasa tak boleh ni duk rumah.
Alhamdulillah, dia okay je.
Better sikit daripada kakak dia si Asha ni.
Takdelah homesick mintak tukar sekolah ke apa.
Bagus adik aku ni.




Last but not least,
Haspajeri, my handsome man. Hiks.
 Dia sekarang kerja kat KL.
Area KL.
Dekat sikit dengan aku. HEKHEKHEK. *Pang sekali!*
Doakan kami. :)


That's a little update from me.
About my family and love one.


Till then. :)

Monday 29 April 2013

Mak saya.

Hi,


Mak aku adalah manusia yang paling risau apabila berat aku naik. Antara ayat-ayat menusuk kalbu, sentap mak noks bila dengar;

"Badan dah macam tong dram"

"Tu belum kahwin lagi badan dah naik, kalau dah beranak esok lusa tak tahulah"

"Nanti kahwin roboh pelamin"

"Tengok lengan dah ketat" sambil test lemak lengan aku.



Konklusinya: Aku lambat lagi nak kahwin. So, berat badan naik bukan (main) masalah aku. (Ayat sedapkan hati)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 1 April 2013

Monolog.

9.33PM, aku sudah terbaring menunggu mata untuk beradu dan telinga untuk dibuai oleh suara garau pujaan hati.


Aku mengharapkan this week yang sangat heaven memandangkan manager aku pergi holiday. Kenapa one week only? Kenapa? Go for one month lagi bagus. LOL.


I'm going to miss them, jodoh kita tidak panjang mungkin. Tapi takpe, Facebook adalah TALI silaturrahim kita. Insya Allah.


Hidup ini ada ups and downs. Semestinya. Aku tak kuat, aku takut rebah. Doakan aku.





Oh btw, aku dah pilih tarikh kahwin aku.

9.12.2015.

Adik-adik aku kata lambat sangat. Mak aku pun macam tak merelakan anak dara intan payung dia kahwin lambat sangat.


Sekarang terpulang pada pengarang jantung untuk tetapkannya.





Ah, aku harap dia tak stress. LOL.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 2 March 2013

Attention seeker.

Hey,


Being an attention seeker make me can't sleep without hear his voice as he is on the way back to his hometown. Means, tiga harilah aku kebulur kasih sayang beliau (No calls or SMS). Gila mengada. LOL



Tiba-tiba aku teringat satu kejadian antara aku, dia dan dot dot.


That time aku belum bekerja, and dia sudah bekerja. Sorang attention seeker, sorang lagi badan tak cukup antibodi. Well maksud aku disini, kalau kena hujan sikittttttt, sejam lepas tu dah selesema. Bila on the phone sok sek, srettttttt je aku dengar.


Satu lagi, dia cepat penat after bekerja. Sangat penat, maybe. You know bila penat, akal kadang2 tak boleh control. Mind me, jangan carik pasal bila dia penat.


Tapi, ada aku kisah? LOLz



And we fought. Gaduh benda remeh je, biasalah attention seeker akan buat macam-macam untuk dapatkan kebahagiaan hakiki itu.


At last, this thing came across in my mind. Thought, "haa, ni mesti jadi punya. Mesti dia merayu-rayu and layan segala kerenah aku". Confidence habis ni!


Aku: Okaylah kita putus. Saya dah ada lelaki lain.

While, he....







Dia: Zzzzzzz. (He slept and satu call or sms pun aku tak dapat)



Epic failed!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 27 February 2013

Excited.

Hi,


Straight to the point, I hope this excitement won't kill me. Whatever happens, I will keep myself positive and just smile. :) Insya Allah.
Pretend nothing happen.



Productive days, please come and stay with me. I need you.


And yeah, Let's do it!




Regards.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 26 February 2013

Kesayangan.

Nah, now you can imagine how Fazri lovesssss his motorbike. 






Obsess much? Duhh..

Pleaselah.