Saturday 25 June 2011

Cerita Adik Lelaki.

Aku hanya ada seorang sahaja adik lelaki. Umur pulak hampir sebaya. Hampir. Aku tua setahun dari dia. Kiranya dialah bongsu lelaki. Aku boleh nampak ciri-ciri mengada-ngada sangat tebal dalam diri dia. Bukan mengada apa, mengada kuat merajuk. Merajuk yang coollah. Bukan merajuk yang kalau kita tengok muncung and peel dia rasa macam nak lempang tue, tidaklah. Matang sikit. Ehem, tengok kakak dialah. haha :p



Dia ni memang tersangat aktif kat Uni dia. Presiden kolejlah, Kapten Palapeslah (aku tak tahu apa entah nama jawatan yang dia pegang), AJK itu, AJK ini and bla, bla, bla.. Korang jangan tak tahu cita-cita dia nak jadi PM okay! PM. Tak nak kalah tue. Aku sekeh jugakkan budak nie. :p



Orang lain cuti semester kemain lagi tiga bulan. Tapi dia, seminggu je lepak rumah. Aku tak tahu kalau dia dah berbini nanti. Nak aku buatkan red carpet yang ada bling-bling ke apa? Eh apa budak-budak UTM nie takde rumah ke nak balik cuti sem? Orang lain sibuk mencanang Rumahku Syurga ku, korang buat macam rumah persinggahan? Eh apa korang ingat korang tue Sultan ke apa? Kang aku bagi juga takzirah kat telinga sorang-sorang nanti kang.



Satu hari dimana dalam this week jugaklah. Aku terbaca sms-sms yang dikirim oleh budak perantauan nie. Maklumlah, aku nie selain hebat meng-stalker orang. Aku jugak hebat mengeledah barang-barang orang. Aku pun macam biasa membaca satu persatu sms dalam handphone mama. Sekali terjumpa satu conversation yang agak kelakar tapi sangat precious bagi aku. Aku rasa budak nie demam takpun tak cukup tidur.



PG : Selamat pagi Mama

Mama : Selamat pagi juga untukmu yang jauh dimata tapi dekat dihati

PG: Terima kasih kasih kerana bersusah payah melahirkan dan membesarkan anakmu ni

PG : Selamat malam Mama ---> Fr 3.35am



Aku tergelak okay bila baca conversation nie. Mak aku pun layan je. Yelakan, anak lelaki bongsu. huhu :p Tak pernah-pernah okay dia hantar sms macam nie. Tapi dia selalu jugaklah call mama tanya khabar semua. Aku call bila nak balik je. Haha..



Ini aku rasa mesti stock rasa serba salah sebab hari tu balik main cabut je. Bukan cabut apa, dia kena sound sehari sebelum berangkat balik Johor sebab baru balik seminggu dah nak pergi semula, on the day dia nak balik tue, dia pergi macam tue je. Even aku yang kat dapur pun dia tak beritahu apa-apa. Nie case sebab takut aku membebellah tue. Macam aku tak tahu. haha.. Mama pun apalagi, bising lah bila dia balik kerja, tengok anak kesayangan dia dah pergi. Mak aku tahu dia nak balik hari tue, mak aku just nak dia balik properlylah. macam salam semua tue.



Bila aku cerita nie, korang jangan fikir bukan-bukan pulak pasal dia. Dia okay je. Sejam lepas tue dia ada call mama.



Tue je aku nak cerita sebenarnya. hehe


Bye.

No comments: