Thursday 15 May 2014

Update kehidupan diri

Haiiii!

Fuhhhhhhh, rasa janggal sangat nak menulis ni kat blog ni.
Sedar tak sedar dah masuk dua tahun grad daripada UPM.
Blog ni berkaitan okay dengan kehidupan semasa di UPM.

UPM = BLOG ;)

Anywayssss, how's everyone doing? :) Me good. Macam biasa.
Alhamdulillah semua baik-baik. Family, Pajri, dan aku sendiri baik baik.

Aku sekarang tengah buat Master in Business Admin (MBA) di UiTM.
July nanti Insya Allah habislah semester dua aku.
Kalau takde aral melintang, semua paper clean, thesis aku cantik, Insya Allah Januari 2015 habislah master ku ini.
Doa-doakan, Amin.





Aku sekarang dah jadi Aunty.
Abang aku selamatkan melahirkan anak pertama dia (hahaha lucu).



Ini diaa anak buah cheq. Kedah mai. Lelaki.


Piji pun dah selamat grad daripada UTM.
Kalau dah bagi anugerah penganggur terhebat, bolehlah bagi kat dia.




Ira aka budak cakap tak serupa bikin pulak tinggal satu sem je lagi nak habiskan diploma dia.
Heaven pulak dia ada kat rumah sebab dialah tukang masak, tukang lipat kain. Hewhewhew.
Alhamdulillah, result dia memberangsangkan.
DL untuk lima sem berturut-turut.




Budak paling bajet bagus pulak dah masuk second sem kat UKM.
Budak ni kerja takde lain tetiap minggu balik rumah.
Dulu aku ingat UPM lah paling jauh, kesian mama kena ambil aku.
Ini rupanya UKM lagi jauh.
Nasib baik aku bukan mak kau, kalau tak mesti sentap ada mak macam aku ni berkira nak pergi ambil anak sendiri. Hahaha





Asha aka budak paling malas pulak dah selamat kitorang sumbat dia kat SBP Banting.
Alhamdulillah rezeki mama dan dia.
PMR tahun lepas dia berjaya score straight A's
Ni pun memanjang homesick.
Ada dalam dua kali minta mama tukar sekolah balik.
Gila ke apa?
But now, Alhamdulillah she's getting better.
Allah permudahkan mama dan budak ni.
SBP ni kalau ikutkan balik sebulan sekali.
Tapi dia, hampir setiap minggu nampak muka dia.
Memang tetiap minggu aku busy gila pergi ambil and hantar dia.
Lama-lama jadi exhausted gila Bangsar - Banting.
Lalu pulak SKVE, yang panjang gila jalan dia.
Ini pun tengah bayangkan SKVE, sesak napas aku.





Ayu aka budak emo pun dah selamat kitorang humban dia masuk asrama. Hahaha
UPSR dia 4A, so memang tak lepas nak masuk SBP ke apa.
Tapi mama mintak jugak jabatan masukkan mana-mana sekolah kluster yang ada asrama.
Alhamdulillah dapat. Kat Cheras je.
Bukan apa, budak ni ada potensi nak berjaya dalam akademik.
Cuma aku tak berapa berkenan kalau dia stay kat rumah.
Tambah-tambah lagi ada kakak-kakak dia, wifi, laptop, handphone, FB, Twitter, IG, semualah.
Macam takde life aku tengok bebudak ni obsess macam tu sekali.
So aku rasa tak boleh ni duk rumah.
Alhamdulillah, dia okay je.
Better sikit daripada kakak dia si Asha ni.
Takdelah homesick mintak tukar sekolah ke apa.
Bagus adik aku ni.




Last but not least,
Haspajeri, my handsome man. Hiks.
 Dia sekarang kerja kat KL.
Area KL.
Dekat sikit dengan aku. HEKHEKHEK. *Pang sekali!*
Doakan kami. :)


That's a little update from me.
About my family and love one.


Till then. :)

1 comment:

Siti Nurhayati Dollah said...

Rasa cepat pulak masa berlalu kan.. macam-macam dah berubah. Kalau dulu masa kat UPM, rasa ehhh lambatnyaaa nak graddd haha