Wednesday 15 August 2012

Selamat Hari Raya :)

Assalamualaikum WBT :)


Kena update laju-laju sebab pukul 3pm ku dah berangkat ke kampung halaman. weeehoooo. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Amin. *lagu raya mode on*

Excited sebab ku ada beberapa hari lagi  untuk berpuasa dan bertarawih di kampung. hehe.. Excited. Excited. 

Tadi Mak Uda call beritahu yang baju sempat jahit sorang sepasang sebab dah tak sempat. Sob sob.

Tapi takpe, ku jenis tak kisah. Redah je. Janji dapat beraya di kampung and ziarah kubur, syukur Alhamdulillah. :)

Rasa tak percaya Ramadhan dah nak habis. Rasa baru semalam tengah count down Ramadhan, alih-alih dah habis. Until we meet again, Ramadhan. Insya Allah. :D


Okay okay, dikesempatan ini saya nak ucapkan...



Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.



Maaf kalau ada salah silap dan semoga kita semua dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.

Kepada yang balik kampung, hati-hati memandu. Banyakkan bersabar kalau jam sana sini terutamanya hari Jumaat dan Sabtu. 

Oh ya, yang post kad raya, thank you so much. Terharu. :)


Salam Aidilifitri to all of you. :D

No comments: