Friday 10 August 2012

Random ke-?

Assalamualaikum WBT :)


Dah lama tak ber-random. Entry random senang sebab boleh cerita semua dalam satu entry dengan ringkas dan padat. Tak payah nak fikir ayat-ayat karangan, ayat bunga, ayat dramatik untuk mencantikkan satu entry. Okay, jom mula! 


1. Status 

 Status pada 1 jam 20 minit yang lepas. (Jam pada tika ini ialah 1.20am)




Dan status sekarang ialah.. Graduated! I'm officially graduated! Alhamdulillah, dengan izin Allah. :) Syukur. I can't wait for my convocation day. Hopefully its on weekend. But, tak kisahlah. Janji dapat naik stage and ambik scroll. Macam mana feeling tu ye? :D 


2. Bila status dah graduated, tentu sahaja official result sudah keluar. Alhamdulillah. Allah Maha Besar. Ini semua rezeki Allah yang bagi. So dapatlah merasa untuk semester terakhir ini buat kali kedua. Sebelum ni pernah niat, kalau cek result and listed aku nak jerit sekuat hati. Hakikatnya bila tengok result, terus terkedu and tenung lama-lama, sumpah tak percaya and senyum sorang-sorang. Apa-apa pun yang terjadi kita kena berbalik kepada Dia. Dialah yang menentukan segalanya. Syukur Alhamdulillah atas nikmat ini. Atas keputusan ini, samada senang dapat kerja atau tidak, itu bukan persoalannya. Yang penting adalah kepuasan diri sendiri. Soal kerja kena usaha lain pulak. Kena berusaha mencari dan semoga Allah mempermudahkan segalanya. Mudah-mudahan. 


3. Ramadhan pun dah masuk ke fasa 3. Fasa bebas api neraka. Marilah kejar untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar. Semoga Allah menerima semua amal ibadat kita. Insya Allah. 


4. Aku? Meh aku buat rutin harian aku. Sama je tiap hari. 
5-7am - Sahur, Subuh, kejut and tunggu adik-adik pergi sekolah supaya boleh tidur dengan tenang. 
10.30am - Alarm bunyi. Extend sampai pukul 12.30pm. Hehe.
1-3pm - Zohor and pantau kawasan rumah. Kot-kot ada pinggan mangkuk yang tertinggal belum basuh. 
3-4pm - Angkat, jemur and lipat kain. Sapu rumah.
4-5pm - Rehat. Online, cek emails (Ada 4 email kena cek btw), Youtube. Asar.
5.30-8.15pm - Masak, masak, masak, berbuka dan kemas dapur. Then terus Maghrib. 
8.15-8.45pm - Isyak and mandi. 
8.50-10.15pm - Tergesa-gesa pergi Tarawih. Nasib baik surau depan rumah je. hee. 
10.30-3am- Baca buku and online. 

Walaupun aku kerap bangun pukul 12pm, tapi jadual diatas menunjukkan kadar waktu tidur aku sama seperti manusia lain yang tidur malam. Tapi bukan tempoh masa yang menjadi persoalan, tetapi PUKUL BERAPA KAU BANGUN TU WOII? ANAK DARA APA MACAM NIII??!@#$
Mama cakap dah jadi tabiat. Tu yang susah nak bangun awal even tidur awal macam mana sekalipun. Saya sedang berusaha ye bakal-bakal mak mentua yang sedang membaca ini. Haha. :p


5. Fazri? Oh he's doing fine. Baru je borak dengan dia. Banyak kerja dia kena buat, tolong mak ayah. Rajin betul. Bila lagi dapat berbakti macam itu, lepas ni dah kerja busy je manjang. I miss you!    


6. Obses dengan ceramah Ustaz Don. Suruh mama pinangkan untuk aku then mama "Dia nak pandang pun tak lalu" Fine fine. 


7. Oh ya, 8 Ogos was Ayu's birthday! and semalam 9 Ogos pulak Mama's birthday. So, Happy Belated Birthday to both of you. I love you both. 


8. Ena is homeee! Err, takde apa yang menarik pun. Wakakaka.


9. I would like to congratulate to our hero, Lee Chong Wei for the silver. You did it my dear! We are so proud of you, and we are so lucky to have you. "Im Sorry"? No no, you don't have to say that. :)


10. Last but not least, to my hero, Azizulhasni Awang. Congratulations for the 6th place. :) See you in the next four years, bro! Hoy, Simon and Levy please retire ASAP. Haha. Joke :D 

No comments: