Thursday 19 July 2012

Ketika disaat ini.

Ketika disaat ini.. Aku masih belum mampu menelan ubat pil dengan jayanya. Aku perlukan sedikit bantuan  air panas untuk mencairkannya. Oleh sebab ini, aku jarang makan ubat. Even selesema bagai nak tercabut hidung, aku mengharapkan antibodi aku sahaja untuk bertahan. Tetapi, pada umur ini, aku akan berkahwin pada bila-bila masa sahaja. Bila dah berkahwin, aku perlu mengandung dan beranak. Bila mengandung dan beranak, sudah tentu perlu makan pelbagai ubat-ubatan. Ya, aku perlu belajar secepat mungkin sebelum terlambat. Apa yang dimaksudkan dengan terlambat? Terlambat = dimarahi nurse-nurse dan doktor yang garang sebab dah besar panjang tak reti telan ubat. Masa itu janganlah nak menyesal dan menangis air mata darah. 


Ketika disaat ini.. Aku masih belum pandai menganyam ketupat (mood Raya sudah pada tahap 1). Ketupat bukan mengumpat. Eh kome ni. Yang tang mengumpat and gossip, aku sedang mencuba menjauhinya. Semoga Allah tetapkan hati aku ini. Amin.


Ketika disaat ini.. Aku tak tahu sama ada aku masih boleh memandu atau tidak. Last time aku drive masa second test JPJ. Ambil kau sampai second test okay. Bukan tak pandai drive, cuma tayar kena line sikit je masa parking. Itu pun nak berkira. Melayang duit mak aku RM150. Mak aku tak benarkan aku drive, so better aku obey perintah mak aku sebab takut Allah pay cash tang-tang situ jugak kalau aku disobey mak akukan. Aku tak ralat and tak rasa-rasa apa-apa pun. Satu, maybe mak aku nak anak-anak beliau perlukan beliau lagi. Hantar, ambil, pergi situ sini, semua dengan mak aku. Dua, mak aku risau dengan anak-anak beliau. Kau tak tahu mak aku macam mana, aku pernah drive dengan beliau. Ooo, kemain menjerit sakan mak aku dalam kereta tu, aku pulak yang nervous nak drive. Nasib tak langgar pasu bunga orang.


Ketika disaat ini.. Aku masih belum menerima elaun thesis aku. Haha. Walauapapun, terima kasih JPA untuk empat tahun ini. Terima kasih taxpayers, mama, papa, Long and taxpayers yang kaya-kaya. Alhamdulillah, dengan duit tersebut, aku dapat beli laptop (Alhamdulillah berkat mak aku kata, laptop masih mampu bertahan sampai sekarang dan hanya dua kali sahaja aku reformat), handphone BB and downpayment braces 1K. :D Eh kantoi pulak aku disclose kat sini.


Ketika disaat ini.. tetiba kehilangan idea.


No comments: