Sunday 8 April 2012

Late night talk.

Salam.

Alhamdulillah.


Senyap sunyi kolej dan blok aku ni. Parking lots pun lapang je. Semua dah menuju ke jalan yang benar. Aku je yang masih setia menjaga kolej yang sangatlah tercintanya.


Jumaat dan Sabtu di sini Alhamdulillah dapat siapkan assignments. Bukanlah siap, lebih tepat ada progress 70%, 80%. FYP pun ada progress. Data settled, common size ratios settled, charts settled. Cuma tinggal financial ratios and analysis. Chapter 1-3 dah alter sikt-sikit. Lega. Tapi kena susun folder yang berlambak-lambak elok-elok bagi nampak kemas sikit. Aku ni dahlah bangsa tak boleh tengok keadaan serabut sikit, mulalah tension tak pasal-pasal.


Esok akan menuju ke rumahku syurgaku. 2 minggu tak balik rasa macam 2 bulan tak jejak rumah. Nanti bila dah sampai Bangsar, mulalah buat drama konon baru jejak Malaysia setelah 14 tahun menetap di Kutub Selatan. Macam dalam tipikal drama Melayu, keluar dari kereta, dengan shadesnya, sambil heret luggage pandang sekeliling, menikmati perubahan yang ada. Bajet Rozita Che Wan.


Tak plan apa-apa lagi untuk mid sem break ni. Yang pasti aku wajib jumpa dentist kesayangan aku. Untuk menyentuh FYP rasanya benda itu takkan berlaku. Haha. Poyo je bawak file kedabak konon nak buat FYP, tapi rasanya esok tak payah susah-susah buat macam tu kan.


Dua hari kat kolej, lunch and dinner berlaukkan sardin, kubis and telur dadar. Tak lupa juga surat khabar lama. Memang itulah yang meal yang terbaik sepanjang zaman. Instead of, aku meletakkan full effort panjat pergi foodcourt, menunggu makanan berjam-jam pastu hasil makanan pulak sangat mengecewakan. Nasi goreng kosong bodoh aku pun lagi sedap.


Fazri pun dah selamat sampai UMP lepas Isya' tadi. Dia habis cuti, aku pulak yang cuti okay. Dia ni bajet gentleman (bajet Shah Jaszle) nak datang rumah untuk sesi merisik. Wahh. Tapi tanya aku macam-macam. Eh, awak tu lelaki, fikir sendiri. Haha. Aku pulak yang nervous. Nanti mesti orang fikir bukan-bukan kata aku dah nak kahwin, mentang-mentang dah nak habis study (Insya Allah). Boleh kahwin, tapi kena cari sponsor. Mak nak yang besar-besaran. Pastu mak nak bekalan duit sara hidup selama mana mak rasa mak dah boleh berdikari sendiri boleh?


Di saat-saat kritikal macam ni, aku sanggup ketepikan hobi aku yang suka balik rumah hampir tetiap minggu ni. Maksud aku, this is my final semester, so aku dah takde choice melainkan balun habis-habisan. Kalau boleh aku tak nak balik pun cuti sem ini, tapi apakan daya, nak mandi pun takut. Tiap masa bilik mesti berkunci. Pastu si Ecah syak aku buat benda bukan-bukan. Dasar negative thinker.


Belum layak untuk reward diri sendiri atas usaha yang tak seberapa ini. Moga-moga aku terus focus untuk FYP aku dan subjek-subjek lain. Dan sentiasa dimurahkan idea-idea yang best untuk analysa FYP aku. Amin.


Aku ada misi yang aku nak capai sebelum aku tamatkan pengajian ini.


Usaha sendiri.

Tak payah malas sangat.

Tak payah nak leka sangat.



Bila nak siap kerja kau ni?

No comments: