Wednesday 21 March 2012

Happy Moments!

Salam.

Alhamdulillah.


Sedang aku meratapi kesedihan aku dengan apa yang berlaku - rujuk entry ini , Allah Maha Adil sandarkan aku beberapa moment yang nampak simple, tetapi Ya Allah aku sangat bersyukur atas semua yang kau limpahkan kepada aku sekeluarga. Syukur Alhamdulillah. :)


1. Hari Rabu minggu lepas aku redah balik KL sengsorang dengan menaiki komuter. Ini semua semata-mata nak mencari tiket ke kampung tercinta. Aku tak kira, aku nak balik juga. Plan sebenarnya nak pergi Hentian Putra cari tiket bas je, tapi aku gamble pergi tanya tiket train. Khamis and Jumaat memang dah sold out, tetapi ALHAMDULILLAH, hari Rabu tu ada lagi. Aku apa lagi terus nak 1st class punya. Melayang RM100. Takpelah, janji tak penat nak menapak ke Hentian Putra. Penat je Fazri explain kat mana nak tukar stesen bagai. haha. Happy!! :D


2. Kenduri kahwin kat kampung memang terbaikkk! Oh nanti aku buat entry, gambar tak ambil lagi dari laptop Asha Gedik. Anyway, memang meriah. Tak rugi aku gamble ponteng kelas hari Khamis haritu. :) Kampungku sentiasa the bestttt! Makcik-pakcik yang memang gila-gila sentiasa menceriakan hidup aku. I miss my kampung already.


3. Once Long selesai akad nikah, ada satu perasaan halus yang Allah turunkan untuk aku. Sangat halus dan Ya Allah, Allah memang sangat Maha Besar. Satu perasaan halus yang sukar aku nak describe tapi basically aku ..... dah dapat terima Kak Long (Sister in law) aku sebagai new family member. And now, I miss her already. Hehe. :') Kesian dia demam panas, maybe tak biasa berjalan jauh kot. Sekarang, aku dah ada kakak! Yeayy! Semasa menaip ni, aku sebak. :')


4. Highlight for today. As you all know, hari ini results SPM keluar. So, Ena dapat 7As!! Alhamdulillah. Tapi yang sayangnyaa, dia kantoi kat BM. Rugi gilaaaa! Tapi takpelah, bersyukur dengan rezeki ini. Aku ada buat satu perjanjian tanpa bertulis dengan Ena. Kalau dia manage dapat 6As ke atas, nak belikan handphone. Ena adalah bangsa yang memang tak pakai handphone. Ada handphone pun pergi sedekah (read:tercicir) kat orang lain. Tak pernah peduli pun pasal handphone. Thats why aku promise nak belikan handphone sebab selenge takde handphone pastu pergi tuisyen susah nak call bibik ni. Memang menyusahkan betul! Tapi sekarang ni, aku tengah fikir idea macam mana nak mungkiri janji pulak. Haha. Congratulations Ena!



5. Cousin aku, Salman sebaya dengan Ena ni. Tapi, dia sekolah Arab, so lambat setahun. This year dia SPM. Dia best student lelaki kat sekolah dia. Alhamdulillah. Kitorang panggil dia Imam Muda. Teringat satu cerita, ada one time tu Mok Long pergi terawikh kat satu surau kat kampung ni. Mok Long kata sedap imam tu baca ayat-ayat Al-Quran. Rupa-rupanya anak saudara sendiri yang dok membaca tu. Hehe. Congratulations for that title, Salme!



Nak bersiap pergi kelas tengahari tadi dok tersengih-sengih sengsorang.
Thank you Allah for all these happy moments!

No comments: