Monday 27 June 2011

Diet yang sihat.

Salam.

Alhamdulillah.


Untuk pengetahuan korang, aku sedang mengalami masalah berat badan yang sangat serious. Alamak, terbukak aib sendiri pulak. haha. Untuk itu aku sudah berazam untuk berdiet! Diet! Tak pernah seumur hidup aku berdiet weh. Nampaknya aku terpaksa turunkan ego aku untuk berdiet demi masa depan aku dan baju-baju aku.



Aku takdelah merejim badan aku sendiri dengan kaw-kaw punya diet. Just kurangkan pengambilan gula dan nasi serta banyakkan makan sayur. Dietitian aku, Dr. Fazri setakat ini menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Jangan main-main, perbualan kitorang sekarang lebih terarah benda alah nie. "jangan minum ais lepas makan", "makan on time", "jangan skip meals", "makan macam biasa, tapi sikit-sikit". Walaweh! Aku pun tak nak kalah, adalah jugak sebut-sebut pasal glukosa. haha..



Aku ada google untuk dapatkan amalkan diet yang sihat. Nie aku ambilkan masa aku google okay. So, aku kredit kat google jelah. Random tau.




-------------


#1 Minum 8 gelas sehari

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma anda tidak akan makan dengan banyak.

Siapa yang kenal aku, aku memang susahhhh nak minum air suam nie. Dulu aku memang tak boleh blah dengan air suam nie. Tapi bila dah makin membesar ini, aku rasa adalah sikit effort aku untuk minum air suam. Still, tak banyak mana pun, but atleast aku ada kesedaran SIKIT. hehe.



#2 Boost your Metabolism

Drink hot water with a slice of lemon in it. This is especially good for you first thing in the morning and as an added bonus it helps detoxify your body.

Yang ini aku boleh terima plus aku memang suka air lemon. Boleh cuba nie. :)



#3 Do not skip meals

Eating small frequent meals help to balance your calorie intake throughout the day and also keeps your blood sugar level balanced. Instead of eating 3 big meals, try to eat 5 - 6 smaller meals throughout the day.

Ini yang aku amalkan sekarang. Dulu aku makan penuh satu pinggan. Dahlah penuh, pastu sampaia 2 pinggan pulak tue. Eh, malulah aku. But now, aku cuba makan 2 pinggan jugak tapi setiap pinggan aku just amik suku daripada pinggan tue. Okay tak?



#4 Prihatin dengan makanan

Luangkan sedikit masa untuk mengira jumlah kalori yang diambil pada setiap hidangan. Anda boleh layari Internet dan mendapatkan informasi mengenai jumlah kalori terhadap makanan di Malaysia. Ini boleh mengelakkan anda daripada mengikuti diet yang salah. Sebagai contoh, ramai mengelak untuk mengambil nasi dan menggantikan dengan roti putih. Tahukah anda kalori empat keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi.


Haha.. ini buat aku terasa. Semalam aku ada ambil 3 keping roti, then aku dengan confidentnya cakap dekat dietitian aku
"malam ini just makan roti je tauuuuu!". Dia pun membebellah makan roti tue macam makan nasi and bla bla. Okay aku malu sekejap. Terus jatuh ego aku. Haha.. Aku lupa fakta nie padahal mama pernah cakap kot. hehe. Aku goole kalori bagi makanan yang aku makan.

Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori (aku nak pejam mata. Buat-buat tak tahu sampai bila-bila! hehe.. )

minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kalori

Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori

Fried rice (with egg, chicken and vegetable) = very high >
600 kcal (oh mak aiii!)

Yang lain-lain korang google sendirilah ye? Aku tak boleh tengok lama-lama. Boleh sakit jantung aku nie ha! hehe..



#5 Elakkan makan malam.


Elakkan makan selepas pukul 8 malam. Sekiranya anda lapar, makanlah biskut dengan air panas seperti air coklat. Jadilah lebih prihatin dengan apa yang anda makan dan pilihlah makanan yang sesuai.


Baiklah. Aku terasa. -_-"



#6 Ambil sarapan pagi.

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Ikutkan perut aku, aku tak boleh makan pagi sebab kerap sakit perut (eceh, alasan. Padahal bangun dah pukul 12pm. hehe.. ). Tapi, aku akan cubalah.



#7 Jangan biarkan diri kelaparan

Menahan lapar bukanlah sesuatu yang bagus untuk menurunkan berat badan. Tahukah anda menahan kelaparan boleh mengakibatkan tahap metabolisme badan anda rendah dan ini akan melambatkan proses pembakaran lemak?

Aku sekarang berpuasa. Yela, tak cukup bulan. Kadang-kadang tue ada jugak rasa lapar. Nak buek macam mano kan? Tapi aku tahulah, biarkan diri berlapar bukan satu diet yang bagus. Nanti kau collapse ke apa siapa susah? Kau tue dahlah berat. haha.



#8
Diet buah-buahan dan sayuran

Makan banyak buah-buahan dan biasakan memilih sayuran sebagai salah satu lauk dalam hidangan setiap kali makan. Jadikan ia hidangan wajib setiap hari.

Sayur memang makanan aku. Tapi, aku tak boleh blah dengan sayur-sayur hijau macam sawi tue sebab pahit. Tapi yang lain-lain aku layanlah seperti kubis, kangkung, tempoyak (haha) dan macam-macam lagi. Hidang jelah depan mata aku, aku telan je semua sayur. Kalau buah, aku nie malas banyak. Tunggu orang kupaskan baru aku makan. Kalau tak, memang tak jalanlah. Jus buah-buahan ada kalori yang tinggi ye semua.




#9 Beri kata-kata peransang untuk diri sendiri.

Ayat-ayat jampi boleh membantu anda mengawal nafsu makan. Psikolah diri anda dengan ayat-ayat seperti "Aku ingin badan secantik Angelina Jolie", "Aku ingin menikmati hidup yang sihat dan lama", "makanan yang sihat adalah makanan yang termurah sekali!", "Fast food bukan sahaja mahal, malah menambahkan kegemukkan aku!", "saya rasa saya mahu hidup didalam hutan saja sebab disitu saya boleh dapatkan makanan-makanan sihat dengan percuma dan competitor saya hanya binatang yang tiada akal" dan banyak lagi.

Kadang-kadang orang lain juga boleh mempsikokan kita dengan ayat-ayat tajam mereka seolah-olah meminta lempangan daripada kita. Kalau itu terjadi, jangan teragak-agak. Lempang sahaja, dan katakan lempang itu sebagai tanda terima kasih.



#10
Bersenam

Perkara yang paling penting dalam menurunkan berat badan adalah dengan bersenam. Bersenam boleh membakar setiap kalori makanan yang diambil. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringkas. Elakkan menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga. Jika hendak ke kedai naiklah basikal atau berjalan kaki.

Ini yang paling penting okay. Tak macam aku, office tingkat 9, nak turun tingat 8 pun kena naik lift, mesti orang yang ada dalam lift tue dah sumpah seranah dah aku. haha. Kalau malas sangat, anda pastikan port mana yang senang naik. Seperti perut, lengan dan paha. Kemudian carilah apa-apa exercise yang boleh maintainkan tiga port tue. Nak yang paling senang? TIDUR!



-----------


10 tips kat atas ini just beberapa list je yang aku rasa senang nak buat. Kalau tak sesuai, korang google lah ye? Jangan malas sangat. Sekeh kang.


Silalah wish saya semoga saya berjaya menurunkan berat badan supaya saya boleh bertanding semula dalam Ratu Kebaya setelah tiga tahun tarik diri gara-gara masalah kegemukkan.




Bye.


No comments: