Wednesday, 22 June 2011

Zaman kegemilangan.

Salam.

Alhamdulillah.



Penganggur macam aku nie mana tahu tidur awal-awal. Orang kata tak remaja. Dan untuk menghargai dan menggunakan masa 24jam itu dengan sebaiknya (yela tuuu).



Aku tengah google-google pasal Manaf Mamat. Biasalah kalau dah angau. Ingatkan nak tatap pastu tidur, alih-alih ke lautan pasifik perginya. Habis tatap gambar-gambar jambu dia di Friendster. Aku pun apa lagi ziarahlah aku punya friendster jugak. Habis semua gambar-gambar lama aku tatap. Rasa nak menangis sampai berdarah mata aku nie.


Nak tahu kenapa?



Inilah dikatakan zaman kegemilangan aku. Dulu berat sekitar 48-50kg. Tue berat ideal aku untuk ketinggian aku yang cecah 164cm.



Tapi sekarang?



Semua baju aku stok orang-orang pregnant. Besar. Dulu saiz M dah boleh fit untuk body aku. Sekarang nie malu bila orang tanya. Eh, tak payahlah tanya. Lagi malu tengok badan sendiri sekarang. Eh, malulah!



First semester aku di UPM.





Masa jadi usher salah satu program untuk kolej aku. First sem jugak. Sedih weh bila tengok nie and compare dengan sekarang.





Aku tatkala perut sangat kempis. Tapi sekarang? Ah, malulah. :(





*ahh, nangis laju-laju* Siapa boleh bagi aku badan macam nie balik?





Ah, kenangan gila! :"(


Sekarang berat aku kemain cecah XXkg. Tak boleh beritahu. Aib diri sendiri namanya. Sekarang nak cari baju pun susah. Dulu main ambil je, tak payah risau muat ke tak sebab confirm muat.



Dulu selera aku taklah besar mana. Makan cukup sepinggan. Kat matrik aku jarang makan malam. Kadang-kadang tue makan sekali je sehari. Untung dapat member-member tak suka turun ke cafe malam-malam.



Tapi sekarang, kat uni kemain aku nie. Sejak dapat room-mate pandai masak dan kengkawan yang kuat mengketedarah, makan nak 4 kali sehari. Balik rumah pulak tak sah kalau tak tambah.



Sekarang, aku nak bentuk badan macam tue semula. Apakah yang perlu aku lakukan selain berdiet, berexercise and amalkan cara pemakanan yang sihat? walala..


Siapa and apakah yang perlu aku salahkan?




Bagi aku masa setahun dua untuk kembali ke zaman kegemilangan ini.



Dengan ini, aku isytiharkan pakar pemakanan dan pakar diet aku ialah, Dr. Fazri.
Kalau aku tak kurus-kurus jugak, aku akan salahkan dia. Maximum dua tahun, Dr. Dua tahun.



Aku nak pergi muhasabah diri.



Bye.

2 comments:

cahayabintang said...

weih. aku tak nmpk pun perbezaan nye, mcm sama je. ngeh3.

Honey Nadia said...

Dila,

Lain okay dulu and sekarang. Sekarang dah gemuk. huhu :(