Alhamdulillah,
Tika dan saat ini aku masih lagi bernafas,
Bangkit dari tidur pada jam 12pm,
Tiada lagi kicauan burung kedengaran,
kerana burung pun tahu hendak berehat.
Alhamdulillah,
Kerana Izin-Nya aku masih dapat merasai nikmat dunia-Nya,
Aku dapat merasa nikmat ini kerana ibuku tiada dirumahku syurgaku,
Kalau tidak, pasti aku akan dimarahinya.
Tetapi, aku suka dimarahi oleh ibuku
kerana aku dapat merasakan atmosfera kasih sayang ibuku
Disalurkan melalui kemarahannya.
Alhamdulillah,
Kerana sifat malasku ini berjaya membuatkan papaku
berada didapur menyediakan makanan untuk kami
supaya kami tidak kelaparan.
Tapi papa, tolonglah jangan lauk telur lagi ye?
Bukan, bukan merungut,
tetapi perasaan simpati menyelubungi diri
kepada ayam betina kerana asyik kena bertelur sahaja.
Walaupun ianya memberi kebahagian dan kenikmatan dunia kepada ayam jantan,
Kita sebagai manusia perlulah bertimbang-rasa.
Alhamdulillah,
Doktor semalam sangat baik hati dengan memberiku MC.
Terima kasih Doktor.
Tapi doktor,
saya takut sangat masa doktor suruh saya baring
kerana saya fikir doktor mahu
memberi suntikan dipunggungku.
Oh rupanya tidak.
Alhamdulillah,
kerana mengurniakan aku balak yang sangat bajet comel.
bila saja membaca luahan hatiku yang sangat inginkan permainan itu
terusan dia BBM aku bertanyakan hal tersebut.
Dan sehari selepas itu, permainan itu menjadi milikku.
Nampakkan, tersangatlah bajet comel.
---------------
Mesti mak aku menangis bila baca nie. Aku pun tak tahu nak klasifikasikan ini sebagai sajak ke, syair ke, cerpen ke, drama ke. Oh, pantun barangkali. Inilah entry untuk mengisi masa lapangku. Harap semua berpuas hati.
1 comment:
Serius kak yati rasa macam nak nagis je baca ni. Huhuhuhu
Post a Comment