Sunday, 17 April 2011

Knights and Merchants.

Attention : Mr. Has Abd Rahman.






Silalah berhati mulia kepada saya dengan membelikan saya CD game Knights and Merchants ini. Oh, saya sangat merindui game ini. Dan oh, saya amatlah master dalam game ini tapi oh saya terkandas dalam level 8 sebab kalah dalam perhitungan. Tapi saya tetap boleh katakan bahawa saya masih terer bermain game ini. Er, maybe lebih terer daripada awak bermain game favourite bola awak. Oh saya benci game itu sebab dia, saya selalu kena tinggal. Game or me? Okay, hai game. Bye awak. Sob. Sampai hati awak. Jadi, untuk claim balik hari dan waktu tinggalan itu, silalah ganti dengan membelikan CD game ini. Please awak yang berbadan sasa. Auww!






Bermain this game memerlukan daya imaginasi macam Gaddafi. Tapi bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi untuk negara. Awak boleh create negara awak sendiri and mentadbir negara secara bijak. Oh, jangan risau. Game ini takde pilihanraya. Mentadbir negara secara monopoli. Tapi monopoli nie takde wang kertas eh. Ngeh. :p So, sesiapa yang berangan nak jadi PM, boleh main game nie. BESTTT! Umur 10/11 tahun dah pandai main nie. Sebab dah bosan sangat hadap solitaire kat dekstop then Long terus install macam-macam game kat dekstop. So, Mr. Has macam mana? Application saya diterima atau tidak?







Boleh tanam pokok anggur nak buat wine. Masa nie keji sikit sebab kau boleh tengok dorang nak perah buat wine dengan memijak-mijak anggur tue. Ada restoren. Yang nie jangan risaulah. Kau hanya click kat askar wataniah tue je kalau dorang perlukan makanan. Rakyat yang lain boleh pergi sendiri kalau lapar. Simple je. Game nie banyak memerhati, and kena alert takut kena attack dengan askar Jepun. Ada sosej babi semua. Rakyat dalam game nie dijamin sihatlah.








Ha, bangunan besar itu port askar-askar nielah. Peralatan semua ada dalam tue. Tunggu proses nak buat orang jadi askar je. Ada api semua nie time tengah kena seranglah nie. So, hati-hati, kena cepat-cepat panggil orang baiki kalau tak nanti roboh. Nanti rugi kat situ. Bangunan sebelah tue yang ada jam dinding macam kat Dataran Merdeka itulah tempat nak proses rakyat. Pilih je. Tak boleh terlebih sebab end up makanan kau cepat habis.








Tengok, kena serang lagi dengan askar kuning. Siapalah yang main nie. Memanjang kena serang. Nak masuk certain-certain level, mesti kena lepas satu test dulu. Test nie macam kau kena berperang dulu. Kalau menang, then baru boleh proceed. Ada satu level nie susah nak lepas, pastu give up then suruh si PG mainkan. Haha. Eleh, kata master tadikan? :p





Wajib tanam padi buat makanan.








Jiwa lebih untuk mentadbir negara je macam kumpul makanan, minuman, kayu-kayu nak buat senjata dengan banyak. Malas nak pergi menyerang. Tapi, kalau tak serang duduklah kau kat situ sampai bila-bila. Orang lain dah level 5/6, kau merempat lagi kat situ. Before serang kena kumpul askar banyak-banyak dulu. Kalau nak askar ramai, kena pastikan makanan mencukupi sebab askar nie makan gaji buta. Duduk kat situ tak buat apa, tapi lapar je manjang. Ha, kat situ kena plan baik-baik. Nak main nie kena ada minat, kalau tak nanti kau bosan. Macam takde feel nak tengok Harimau A main kalau takde Muslim Ahmad. Ada kaitan? Pandai-pandailah link kan sendiri. Haha.









Panjang lebar explain nak persuade Mr Has yang berbadan dua eh, berbadan sasa ada six pax lemak kat perut tolong belikan. Kalau awak belikan, saya janji saya akan terus menunggu awak kalau awak main futsal malam-malam walaupun dah pukul 1 atau 2 pagi sebab saya leka main game nie. Hehe.






Beli eh, beli eh? Eh comel awak senyum. Oh awak senyum sebab awak setuju kan? Ala-ala, comelnya awak senyum. Eh dahla tue senyum. Saya tetap comel daripada awak. walala.. :p





Yeay, tak sabar nak jumpa! Confident habis dah nie. :D


No comments: