Friday 26 November 2010

Internship Preparation


Hari ini pagi-pagi lagi emak dah bising sebab anak comel nie dah janji nak keluar pagi seawal 10am. Fuhh, determined gila nak bangun pukul 10am, sebab hakikatnya hari-hari bangun pukul 12pm. Err tue paling awal. Hee.. Paling lambat masa azan Zohor kau! Memang aku mempraktiskan sebaik mungkin zaman-zaman remaja. Yela, pepatah orang tua-tua dulu " Tak remaja tidur awal, bhai!" Haha.. Tiba-tiba hari ini nak bangun pukul 10am, Perrggh. Saya sendiri pun boleh agak apa jadinya. Tepat pukul 10.30am, emak masuk bilik tengok saya tak bangun lagi. Memang kenalah, kan! T__T (Oh, by the way apa maksud icon nie ye? Saya tengok orang buat, saya pun nak buat jugak! Tapi tak tahu pun it represents untuk apa. heh.)





As we planned, we were heading to Pos Malaysia first to withdraw my money from ASB. Makin sikit duit ASB. Sighh~ Promise topup balik banyak-banyak bila dapat JPA nanti *sambil angkat tangan tiga jari dan berdiri tegak dan disertai dengan muka yang agak cute. Yes, agak cute disitu!). Then, terus ke Bangsar Village II.





Memang aimed nak beli kasut di Bangsar Village, since situ paling dekat. Malas nak pergi Mid Valley sebab kena bersiap macam first time nak pergi dating walaupun Mid Valley hanya sekangkang buaya sahaja. Sekarang imagine macam mana buaya mengangkang. Saya sekarang malas nak bersiap apatah lagi nak keluar rumah. Perlu memaksimumkan kedudukan dirumah sebelum start bekerja nanti. Wahh, macam janggal gila bila taip "bekerja". Haha. Soon darling, sooon!





Kat mana kita tadi? Oh, terus pergi usha Vincci. Memandangkan disitu tiada sale, maka lupakanlah hasrat ye untuk membeli kasut disitu. Semuanya RM120 and above. Oh, saya cuma memperuntukkan RM100 sahaja untuk kasut. Tidak boleh lebih-lebih. Haruslah menjadi seorang yang well-planned tatkala sedang sengkek ini. Aldo pula semua macam emak-emak sahaja. Oh, tidak berminat! Untuk makluman, Bangsar Village II (BV II) sama seperti Bangsar Shopping Centre (BSC) yang mana konsepnya adalah eksklusif. Tak sama macam shopping mall yang lain, yang lebih economical even disitu juga ada brand yang sama. Kalau Vincci atau Nose di mall, berlambak ada sale sometimes up to 50%. Tambah pula clearance stock yang diletakkan secara bergelumpangan (sesuai tak ayat nie?). Lagi rambang mata.





Tapi kalau di BV II atau di BSC, saya tak rasa ada konsep mcm di Mall itu. Kalau tak salahlah, since saya pun jarang pergi BV II. Kadang-kadang, just parking disitu je dan keluar ke Czip Lee. Berbanding dengan BV I, ia lebih santai. Emak pun selalu beli groceries di situ. Dan ayah pulak pergi Toys R Us. Ngeh. Okey, dah melalut pergi review BV pulakan?





Back to the story, Emak terus suggest ke Sogo. Ya, Sogo yang tak pernah ada Y.E.S itu sebab sepanjang tahun ada sale. Bukan akhir tahun sahaja. Bagus, bukan? Rimas dengan orang ramai tue, terus cari kasut tanpa menoleh mana-mana lagi. Masuk U.S Polo. Nasib dah ada yang berkenan. Tak payah fikir apa-apa, panggil sales girl suruh ambilkan saiz yang sesuai dan bayar!











Emak tak habis-habis suruh beli kasut yang heelsnya panjang hampir 3 inchi. Maaflah, saya dah tinggalkan kegemaran itu sejak dua tahun yang lalu. That explains kenapa aku berjalan terjungkit-jungkit, ye Ecah dan Ila dan Kak Bella dan Fazri! Haha. I was looking kasut yang nampak "corporate" sikit. Takkan nak ada yang bling-bling kan? Tue AC Mizal je yang suka! heh.





Oh, ini kasut yang termahal okey. Sebelum ini paling mahal RM60. Tapi yang ini it cost me RM79.20 after 20% discount! But, I think it should be okay since bajet saya adalah RM100. Perghh.. Berpeluh-peluh nak bayar! RM80 tue saya boleh 2 pasang tahu tak. Heh.






Seterusnya terus balik ke Bangsar untuk ke Focus World di Menara UOA. Second time menapak disitu. Memang excellent habis service dia. Boss dia sangat concern gila kat customer dia. Siap tukarkan lagi getah specs. Dua kali pergi, dua kali tuelah dia tukar. Siap basuhkan habuk-habuk yang ada dalam mesin dia. Terbaikkkk! Yang penting FREE! Siap suruh panggil kawan-kawan, jiran semua datang check specs masing-masing, dan semestinya FREE, sayang! Gila promote. Haha. *Berapa banyak kali siap daa!*





Pergi sana sebab mahu beli contact lense. Power mata makin naik dari 200 lebih ke 300 lebih. Since power mata lain-lain, so tak nak kenalah beli 2 kotak.





Meja curi adik punya! heh. :p




Agak pricey. Satu kotak RM60, so total RM120. Ngam-ngam duit aku! Hee.. Nasib baik solution dia bagi free, err ke memang free? Emo sikit sebab member boleh dapat RM30 sekotak untuk 3 bulan. Ish. Rugi disitu!




Begitulah cerita Snow White untuk hari ini.
Em ada kaitan tak dengan tajuk diatas?



p/s : Fuhh, layan hari ini makan Nasi Kerabu buatan Pn. Faziyah lagi-lagi sambal tumis! :D

No comments: