Saturday 17 November 2012

Bila saya kahwin..

Bila saya kahwin (nikah), saya mahu langsungkannya dirumah (kampung), bukan di masjid. Ini kerana saya mahu menghormati masjid.


Bila saya kahwin, persandingan saya mesti dilangsungkan dikampung saya.


Bila saya kahwin, saya akan pastikan salah satu hidangan untuk para tetamu ialah sate ikan dengan sos manis itu. Oh memori zaman sekolah dahulu kala.


Bila saya kahwin, saya mahu persalinan pertama ialah baju songket. Kedua, belum difikirkan tetapi saya mahu Hero saya pakai kemeja, siap blazer-formal attire. Oh mesti bertambah handsome. Oh tidak perlu sampai berpuluh salinan. Dua sudah memadai.


Bila saya kahwin, saya tidak mahu dimekapkan setebal tembok China. Cukup menampakkan saya natural beauty. Terserlah keayuan dan kesopanan saya yang menjadi pujaan Hero saya. Wallahhh!


Bila saya kahwin, majlis saya TIDAK PERLUKAN sebarang lagu, karaoke apatah lagi. Tak perlu. Cukup sekadar mendengar suara-suara para tetamu and makcik-makcikku yang havoc.


Bila saya kahwin, tentulah saya mahu rewang dan bergotong royong secara berjemaah. Baru seronok dan meriah!


Bila saya kahwin, I wanna marry with my dream man. Yes, it's you. Insya Allah. ;)


Bila saya kahwin, saya mahu anak ramai. 5 orang okay tak Sayang? Ke tak cukup lagi? Seriously, I can't wait to have my own kids!


Bila saya kahwin, saya mahu parents saya dan dia happy dan meredhai akan perkahwinan tersebut. Lebih penting Allah juga meredhai dan memberkati perkahwinan saya.


Bila saya kahwin, saya mahu kahwin dengan SEMUA my dream man's family members.


Bila saya kahwin, saya mahu shoot for my pre-wedding video and photos.

Bila saya kahwin, majlis saya perlu simple tapi meriah. Kerana saya mahu save for our honeymoon. Wahaha. Aww so sweet of me. But, I will give my all out for my wedding card's design and hantarans.

Bila saya kahwin, saya mahu dikelilingi oleh my big family and kawan-kawan baik saya. Kalau boleh mereka perlu turut serta dalam majlis saya. Bukan sekadar datang dan makan sahaja. Haha.


Bila saya kahwin, itu mungkin akan terjadi 3 tahun akan datang.

#OhSungguhRandom

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: