Thursday 30 August 2012

Raya Raya Raya 2012!

Assalamualaikum WBT :D


Alhamdulillah, Syawal pun dah selamat tiba. Dan kita semua pun selamat beraya dan mana-mana yang buat open house tu ajak-ajaklah. Kalau rajin, sampailah. Hehe.


Okay, raya tahun ni macam biasa. Raya di kampung tersayang, Gua Musang. Sempatlah berpuasa dalam 3 hari. Alhamdulillah. Meriah and full house. :D Dan tahun ni ialah giliran untuk semua di Gua Musang. So, by Jumaat rumah Mak Uda dah full. Suka suka! :'D Malam before raya lepas solat jemaah, kami buat bacaan yasin then baru BBQ makan-makan sikit. That's why ku suka balik kampung and kumpul ramai-ramai macam ni. Macam-macam aktiviti ada. Solat berjemaah, buat majlis maulud, solat hajat, berselawat. Alhamdulillah. 


Malas nak cerita panjang, so let's get it started. 

Sesi bermaafan dan pembahagian duit raya. Alhamdulillah, tahun ni masih dapat duit raya. Maybe ini tahun terakhir sebab lepas ni turn aku pulak yang kena hulur duit rayaaaa! Amboi, bertambahlah duit raya korang eh.  



Tema for this year - Pink. Ini idea Mama sebab tahun ni aku akan berkonvo so nanti senang recycle je. Pakai pink kira nak meraikan akulah ni. Papa beraya kat KL. Yeke beraya? 



Mama with the girls. Aku paling cantik. Aku chop dulu. HAHA.  Nampak meja sebelah kiri tu? Tak silap aku, before solat raya, aku dah bersihkan. Tak sampai beberapa minit, macam-macam barang ada. Dengan biskut raya, dgn tisunya, dengan chargernya, dengan ah macam-macam. Stress.



 Ni adik beradik Mama. Makcik-makcik and Ayah Mat ku yang rock. Ini actually rumah peninggalan arwah tok ayah (datuk) aku. Tak silap arwah yang bina sendiri. So sekarang ni Mak Uda yang tak over jaga rumah ni. 




Sokabar yang dilupakan.  




Ni MokNgoh tersayang. Masak gulai lemak, perghhh memang terbaik. Ada malam raya tu MokNgoh buat Ikan celup tepung. Aku ingat just nak makan kerak-kerak tepung je sebab aku tak reti nak meratah ikan macam tu je without nasi. Sekali makan, perghh terangkat!! Bedal dalam 4,5 ekor. hehe





  Second Raya terus pergi Pasir Mas. Kampung belah papa. Cousinku kahwin. Tema konon nak berjubah bagai. So aku just recycle je jubah masa dinner lepas. Bila lagi nak pakaikan. 




Teringin nak MMS gambar ni kat Fazri. Tapi takut tak tidur malam pulak dia tu kan. Haha. Oh ya, tudung recycle. Sebab plastik yang ada tudung-tudung baru boleh tertinggal kat Gua Musang. Tapi bagus jugak, tak payah nak iron tudung lagi. Dahla leceh. 




Muka memasing penat tahan panas. Eh serius kan, tahun ni Raya panas sangat-sangat. Lagi-lagi kat Pasir Mas. Tak hujan langsung. Kalau Gua Musang, belah petang panas, malam pulak hujan lebat. Sedap je tidur, tak payah pasang aircond ke kipas sebab ada aircond original punya. 




Masa ni kitorang je tinggal. Long and wife dah balik Kedah. PG pulak membuta. Itulah definasi Raya dia. 





Semua berjubah. Kecuali Ayu. Haritu nak beli tak nak. Pastu baru nak menyesal. Dah terlambat dik non oii. Pakailah apa yang ada. 





Ambil berkat katanya. 




 Ini sebenarnya tangga rumah arwah nenek aku. Rumah dah roboh dah. Belakang sana tu bilik air dan dapur. Kat situ ada perigi. Ah rindu nak mandi perigi yang sejuk gilaaaaaa! Panas sangat time ni.





 With the pengantin. Sepupu aku yang perempuan tu, Kak Nolen. Rupanya dah sembilan kali orang datang meminang tetaoi semua kena reject. Adik beradik semua pakat dok pujuk menangis bagai suruh terima. Alhamdulillah, ini jodoh dia. Sembilan kali kau. Aku kalau dapat sekali pun mesti heboh satu kampung. *patutlah nan hado*



 Ini jelah yang mampu aku bagi sebab penat ah mengarang. Semput dah ni.


Bye!

No comments: