Tuesday, 10 July 2012

Tips mencari suami.

Assalamualaikum wbt.


Hadirin sekalian.


Disini saya mempunyai beberapa tips untuk dikongsikan bersama anda semua tentang bagaimana hendak mencari calon suami yang hebat dan terbaik daripada ladang.

Selain beriman, sopan santun, budiman, dermawan, hartawan, wartawan. Anda mestilah mencari calon yang pandai membuat kerja-kerja macam technician seperti membaiki toilet tersumbat, betulkan mentol/lampu, membaiki sinki tersumbat, dan sebagainya selagi difikirkan dek akalmu.

Tak perlu mencari yang handsome sahaja, hakikatnya lelaki handsome yang menjadi igauan wanita-wanita tipikal sangat tidak berguna jika sikit pun tidak tahu membuat kerja-kerja technician ini. Oh malang sekali. Sungguh malang.

Biar muka macam Drogba, tapi sungguh bergaya membuat kerja-kerja technician ini. Aww. Cepat-cepat listkan lelaki seperti ini sebagai calon suami anda. Apa ada diantara anda mempunyai BF seperti ini? Oh pleaseee hold dia sampai Tok Kadi dan saksi-saksi menganggukkan kepala tanda sah. Jika perlu, buat sujud syukur lepas akad nikah tersebut. :)

Biar kurang pendidikan, tapi asal tahu nak membantu emak/isteri/nenek/kakak/adik/makcik/kakak ipar/adik ipar perempuan/mak mertua/etc membuat kerja-kerja sebegini.

Jangan terlebih pandai dan menganggap diri sebagai raja. Cukuplah menjadi Raja Sehari.

Kepada wanita-wanita sekalian, saya ingin tekankan penting untuk anda mencari lelaki sebegini supaya apabila anda sudah berumah dan bertangga, tidaklah loser sangat kejap-kejap hire technician. Keluar duit lagi.


Dan kepada lelaki sekalian, pandai-pandailah fikir. (Kehilangan ayat).


Akhir kata daripada saya, jika anda mempunyai calon suami iras-iras Azizulhasni, Imam Muda Ashraf dannn .. Tetapi sangat berbakat dalam hal-hal technical ini, plus sangat beriman, sopan santun, budiman, etc, full package orang kata. Anda merupakan wanita paling bertuah dan beruntung. Seperti yang saya katakan tadi, jangan lupa suujud syukur dan bersama-sama menggemudi bahtera alam rumah tangga anda dengan harmoni, aman damai dan diattachkan dengan anak-anak yang soleh dan solehah. :) :)


Marilah kita berdoa bersama-sama supaya dikurniakan atau dijodohkan dengan lelaki yang sangat berguna. Amin.

Selamat Malam! :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: