Alhamdulillah.
Syukur kehadrat Illahi kerna kubisa menghabiskan pengajianku dengan jayanya. Alhamdulillah. Siapa sangka kan. Rasa baru seperti semalam aku and family baru sampai UPM, first time naik bas UPM hantar ke betul betul depan kolej. Kakak kakak fasi siap bawakkan troli nak tolong budak budak baru angkut luggage, baldi, etc. Ah semua itu empat tahun yang lalu. :')
And now, aku penganggur yang berjaya. Tidur makan online buat kerja rumah sikit kalau rajin. Itulah rutin harian aku. Kerja? Next entry (entah bila) akan ku update about kerja, Okay? Stay tuned.
Tiba-tiba jadi malas nak taip panjang-panjang. Hehe. Ampun Uols.
Ini gambar terakhir aku di bilik 308, Arif masa Ahad lepas. Empat tahun aku dibilik yang sama, katil yang sama, meja yang sama, almari yang sama, eh semualah yang sama. Good bye my awesome room. Kalau balik rumah, tak sampai sehari mesti rindu katil bilik ini. :'( Nampak tak aku ini jenis pencinta yang setia? :p
Ini kali terakhir aku berstudy group dengan kengkawan baik ku yang gila-gila, entah apa-apa, tapi best. Haha. Kecah and Feruz. Aku ajak dorang study group for our last paper, Banking kat surau. Saja nak bermanja sebab lepas paper tu aku terus balik rumah, bak kata Kecah rushing nak siram pokok kat rumah. Kelakar habislah tu, Cah?
Next day (Isnin) pulak set date dengan siapa lagikan. Kecah, Feruz and Cikgu Ila. Best lepak dengan dorang ini. Tak payah cover-cover. Kalau rasa nak maki, teruskan je niat tu. Kalau rasa nak bahan, bahan je. Tapi kena redha jela lepas tu pun kau akan kena maki, bahan balik. Takkan dorang nak biar jekan? Hehe. Ini lepas tengok wayang, lepak KFC sebab Cikgu mengidam nak makan. Lepak almost two hours borak-borak, luahan hati, update cerita diri sendiri, pasal future, etc. :') Korang apa khabar?
Dengan Kecah. Tahun keempat banyak dengan dia since kat floor kitorang semua otai-otai dah blah. Yang ada junior junior yang aku kenal nama sorang dua je. Makan, tidur semualah dengan dia. Bosan tu memang bosan sebab dah takde orang lainkan. Tapi kesian pulak dia sorang sorang. Wakakaka. Tetiap malam datang bilik aku ajak supper pastu melalut sampai pukul 3,4 pagi. Sinki floor mesti penuh dengan pinggan mangkuk rice cooker kitorang je. Basuh bila nak guna. Kalau tak terbiar je kat situ, saja nak bakar line juniors. Eleh, bajet super senior sangatlah tu kan.
Ikutkan aku tak berapa gemar dengan frame. Sebab aku ikut nasihat Eric Leong, kat
rumah jangan letak frame sangat, senang berhabuk.
Tapi orang dah bagi free, takkan nak jual kat Mudah.my pulakkan. So, aku framekan
semua card matrik aku. Idea ni datang tatkala aku sedang mengemas bilik.
semua card matrik aku. Idea ni datang tatkala aku sedang mengemas bilik.
Okay bye! *stay tuned dengan entry yang lebih mentouchingkan*
No comments:
Post a Comment