Friday, 4 May 2012

Midnight talk: Busy.

Salam.

Alhamdulillah.


Hidup aku sekarang terumbang ambing. Yela, apa lagi kalau bukan FYP. Next Thursday dah kena present. Lega bila dah tahu date nak present. Sekarang tengah struggle siapkan chapter 4. Banyak! Takpe, smile! :D


Alhamdulillah, smooth je tapi malam ni otak tepu sangat dan mintak direhatkan. Finelah, hari ini je tau I bagi you rehat.


Bila dah bersenang lenang ni, bosan pulak jadinya sebab masing-masing busy. Nak kacau Ecah, busy dengan SPSS. Aku masuk bilik dia pun, nak tak nak je layan. Takpe-takpe, nanti kau masuk bilik aku, aku tutup mata aku. -_-' Feruz pulak busy study Mandarin, esok ada test. Fazri??

Ha, neh nak cerita pasal budak bertuah ini. *tetiba semangat*

Kita start waktu tidur. Selalunya time kitorang tidur sama. Bangun, mestilah aku yang awal. Dia? Selagi tak pukul 1,2pm jangan harap nak bangun.

Oh by the way, kelas dia cuma Rabu and Jumaat. Itu pun ..... Paham-paham jelah. Haha. :p

Pukul 2 bangun, eh awal sangat tu pukul 2pm, okaylah bangun setengah jam before Asar. Settle mandi, solat and makan. So what's next? Gila apa lagi nak tanya, katil depan mata. Landing lah jawabnya, sebab penat mandi and makan semua tu.

Call pukul 5,6pm. Call and call. No answer. Ye, tidurlah tuh! Pastu call dengan suara bangun tidur, ingat cute lah tu? Call nak borak ke apa, takpelah jugak. Sejuk sikit hati ni. Tapi call semata-mata nak beritahu lepas ni nak pergi gymlah, main dumble lah. Jogging lah. Eeee nyahhh, ikutkan hati ni, nak je join sekali. *tetiba*

Lepas maghrib pulak, sambung main badminton smpai pukul 11. Lepas main, lepak minum-minum sampai pukul 1am.

Macam itulah kitaran hidup dia. Kalau mood okay, beliau. Sekarang "dia" je. Haha.

Kalau girlfriend mood okay, boleh je pejam mata buat tak tahu dengan kebusy-an yang entah apa-apa tu. Kalau girlfriend mood turn off? Ha, memang takde masa nak beramah mesra.

Sehari dua tak bersukan, boleh pulak rasa resah? Aku yang hari-hari simpan lemak, relax je?


Boleh esok ada test, dia pergi bantai main badminton tadi?

Saja nak suruh aku belajar membebel.


Nasib ah kalau lepas ni 24jam aku membebel. Salah siapa?


Bahagia je kutuk boyfriend sendiri. Haha.

Nasib ada Ena sudi layan aku. Itu pun dia tak habis-habis "where's your boyfriend?" -__-'


Takpe-takpe.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: