Tuesday, 24 April 2012

Midnight talk: Current issue of?

Tengah-tengah iron baju sambil telinga ditemani suara Avril Lavigne, volume tak nak kalah. Esok-esok sound trouble macam Ecah. Haha. Mati aku kalau dia baca.


Tiba-tiba aku teringat something, which is Emak aku (Fuyoo, eja mak guna E!) ialah the best debater!


Aku ingatkan dengan ilmu yang tak seberapa ni, tapi suka bajet macam banyak sangat ilmu didada dan dikepala. Padahal kau study pun nak A je kan? Right after habis je exam, kau lupa semuanya sebab kau dah lepaskan semua benda dalam kepala kat answer sheets. Kan? Ye, akulah tu.


Baiklah.


Jadi, dengan ilmu yang tak seberapa ni dan hanya belajar certain subjek dalam beberapa minggu, aku bajet bolehlah aku sit down dengan Emak aku tengok berita TV3 and debate, argue issue-issue yang ada.


Ini kerana aku rasa macam loser, abang aku and PG boleh discuss antara satu sama lain dengan Emak aku, kadang-kadang emak aku tanya abang aku certain perkara yang dia tak tahu. PG pun sama, tanya je, Insya Allah dorang boleh jawab.


Tapi, tapi, tapi...

Emak aku tak pernah tanya apa-apa kat aku weh. Sob sob sob. Weh, aku tahulahhh! Tanya je apa-apa. Kuku Aaron Aziz macam mana? Nama penuh Johan pun aku tahu. Wajah isteri Imam Muda Ashraf pun aku tahu macam mana.


Memang loser.

Timee berita TV3, aku cenderung di dapur, bertukang sana-sini. Kena hidang makanan kat big bosses kan..

So, ada one time ni, aku rasa ilmu dah penuh didada, dah meluap-luap macam gunung berapi. Jadi, inilah masanya untuk aku buktikan pada semua yang not only Malaysia boleh, tapi aku juga boleh. Tetiba.

Start je argument aku, Mama dah argue habis-habisan dengan aku. Aku just guna pistol air je, mama balas guna Nuklear. Tak aci.

Padan muka.


Cer bukak paper baca current issue ke apa. Ni tak, beli sokabar dengan niat nak buat alas time makan. Baca pun bahagian hiburan. Yang lain-lain tengok tajuk je, rasa berkenan dihati, baca berita tu sampai habis.


Kau lebih gemar nak tahu current issue kengkawan jekan?


Ternanti-nanti newsfeed dari friends list kat FB. Pastu pandai bagi macam-macam andaian. Macam kau ni lawyer tak bertauliah pun ada. Member update status sedih ke happy ke, laju je otak berpusing buat andaian kenapa dia sedih, gembira dan sebagainya.

Tapi bila current issue hal duniawi ini, kau blank tak tahu apa-apa nak fikir. Baca tu memang baca, tapi apakahh? Tunggu lecturer bangkitkan issue dalam kelas, barulah nak ber'ohh' bagai.

Tepuk dada tanya selera.


Aku nak nasi je.

Good night!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: