Alhamdulillah.
Fine, orang semua dah start kelas. Aku je still terdampar dirumah. Macamlah adik-adik aku boleh bagi markah free kan? :p Pandai-pandai buat cuti sendiri. Takpe, since dapat approval dari Mama, aku rasa insya Allah, pemontengan aku ini diredhai. Haha. PG pun dah selamat sampai UTM, aku insya Allah akan berangkat malam ini, lepas dinner maybe. Stuffs and buku-buku yang sentiasa memberatkan luggage aku pun dah selamat aku packing. Okay, ini mukadimah yang takde kaitan langsung dengan tajuk.
Khamis lepas, 27hb kami berangkat ke Kedah untuk sesi pertunangan abang sulung aku, Long aka Mohd Ayam. First pit stop di RnR Sungai Perak. Disitu, kami bertembung dengan 4 kereta lagi-Ayah Mat, Pak Uda, Pok Teh, and Ayah Mie. Masing-masing dengan family. So dari situ, kami konvoi ke Kedah. Byk juga buat pit stop sebenarnya. Dalam pukul 6pm, baru sampai ke destinasi. Kami tinggal di homestay yang berdekatan. Well, aku prefer homestay rather than hotel. Homestay was good. Luas and yeah one BIG family at home. Mama dah pesan kat semua makcik suruh bawak segalam jenis barang memasak and there you go. Sampai-sampai je kami start memasak. Sumpah macam tengah picnik. Bestt! Lain daripada yang kami selalu berkumpul masa raya celebration ke apa. Borak, makan, borak, makan. Inilah rutin kami kalau berkumpul. Bekalan cerita untuk diborakkan dan makanan tak pernah putus. Hehe..
Next day pulak, Long, Ayah Long, Ayah Ngah and Pakcik Lan sampai. Cukup 9 buah kereta! FULL HOUSE! Okay fine, ini ala-ala sambutan Raya Haji in-advancelah minus daging korban. Alhamdulillah, ini baru bertunang, tapi semua bagi komitmen. Kami memang macam ini. Takde busuk-busuk hati, dengan cousins pun semua okay. Strong family bond. Lovee! :D That is why, aku tak pernah (i guesslah) mention kat mana-mana either Twitter or blog ini sendiri destinasi percutian aku. Kalau pergi mana-mana end up aku tidur kat hotel je. Tak pun kena bebel dengan Mama sebab selalu merungut penat. Hehe.. Kalau diberi pilihan destinasi percutian, tak perlu susah-susah nak pilih. Of course kampung Gua Musangku, but please make sure semua kena ada. Antara aktiviti yang kami selalu buat bila berkumpul ramai-ramai adalah BBQ, Birthday, solat hajat, tahlil atau apa sahajalah janji ada events nak berkumpul. Hee :D
Okay, dah melalut. Habis satu Utara kami pusing. Nasib bukan aku yang kena keluarkan duit nak bayar tol, minyak and drive. Kalau tak, memang botaklah nak keluarkan duit ni semua.
Kita terus ke tajuk yang utama. 291011 Berlangsung pertunangan Long dengan pasangannya. Alhamdulillah, everything went smoothly. Thank you, Allah. Semua selamat sampai ke destinasi. Kat Utara tak hujan pun.
Layan the gambars!
Lepas selesai je majlis, orang-orang Gua Musang and Besut berangkat pulang. Sedih wo. Kat car park ni dah jadi majlis perpisahan dah gayanya.
Insya Allah, bulan March tahun depan kami akan berkonvoi dan bercuti lagi .
Congrats Long and Nur! :)
p/s : Siapa yang bertunang sebenarnya? Kemain banyak gambar aku. Lari tajuk betul! :p
Congrats Long and Nur! :)
p/s : Siapa yang bertunang sebenarnya? Kemain banyak gambar aku. Lari tajuk betul! :p
2 comments:
Tahniah tahniah long.
Entahlah gambar si adik je banyak ni. Gambar si petunang sikit je kot :P
Hahaha..
Ambil berkat katanya. :D
Post a Comment