Alhamdulillah.
12 Sept merupakan tarikh keramat kerana semester baru bermula after a longgggg break. Alhamdulillah. Alhamdulillah kerana ada cuti yang sangat panjang. hehe.. Okay sekarang kena countdown untuk mid semester break pulak. Hehe. :D
For the first time selepas 6 sem yang lepas (minus 6th semester, please), aku tak hadapi kerumitan dalam mendaftarkan subjek. Alhamdulillah. Before this, awal-awal semester aku mesti stress nak register subjek sampai aku pernah emel dekan nak melahirkan rasa kekecewaan aku. Rakuskan?
So far, so good. Baru second day kat sini, aku rasa like banyakk gila kerja! Haha.. Culture shock kejap. Still under control. :) Lecturers pun ada yang okay and ada yang menakutkan dan ada yang "eh, lecturer nie ke yang ajar? ohho cool!" Haha.. Sebab dalam esmp nama lecturer lain, tengok-tengok lecturer lain pulak yang masuk. Contoh, aku register Audit II bawah Dr. Zul (my all time favourite :D ), alih-alih Dr. Mazlina pulak yang ajar. -__-" But then, tadi Advance II, siapa entah yang ajar Dr. Aslam ke apa sekali Dr. Zul yang ajarrrrrr! Kot. Hehe.. Rasa nak menari ballet pun ada tadi. Overkan?
Berkenaan dengan final year project pulak, pun alhamdulillah tak menghadapi kesukaran nak pilih supervisor. First day, pukul 9am dah bantai pergi faculty nak cari supervisor. Adalah seorang dua dalam kepala. Before pilih calon supervisor tue, dah fikir lama dah nak focus dalam area apa. So, yeah Dr. Junaina pilihanku. Aku rasa aku dah buat pilihan yang betul. :) And as for now belum ada specific topic lagi, but then tadi dah ada cari beberapa topics. Nak kena finalise dulu before pergi jumpa Dr. Junaina and akan mintak pendapat dia sikit-sikit. Aku kalau boleh tak nak supervisor yang pilihkan tajuk sebab takut tak kena dengan citarasa and minat and kekuatan and knowledge aku, end up tak semangat nak buatkan? By next Monday nak pergi discuss dengan Dr. Junaina. Insya Allah semoga baik-baik saja.
Oh wait, since dah balik dari berkabung selama 9 bulan niekan, ada beberapa tempat yang aku belum melawat dan ada beberapa tempat makanan yang aku belum lepaskan gian aku. Okay, let's start.
- SS Kecik = Done
- SS Besar = Soon
- Pasar Malam = Soon
- The Mines = wait for JPA or Fazri. Hehe
- Petronas SS = Dont know when
- Bukit Ekspo = Paling rindu. Siapa nak jadi partner jogging saya?
- Alamanda = Wait for Fazri. :)
- Komuter Serdang = Soon
- Dewan Besar = ??
- Dewan percubaan = ??
- Masjid UPM = Insya Allah
- Bilik Fairuz and Farahin = Veryyyyy soon. Hahaha
- Bilik Dr. Hasri = Enggak tahu bila. Dia sibukkk! Kot.
- Nasi lemak ayam rendang @ Taman Sri Serdang = Tiada kawan. :(
- Nasi kukus yang dijual oleh beberapa orang Indonesia yang sombong lagi riak = Tengoklah.
- Carrot susu = Ohhh esok-esok!
- Putra foodcourt = Kalau boleh nak beli semua lauk yang ada, sebab tak tahu decide. Nafsu atau apa?
- McDelivery = Ecah, jommm malam nie!
Etc.
Bilik pun alhamdulillah dapat bilik yang sama. Katil yang sama. Almari yang sama. Meja yang sama. Lampu yang sama. Tingkap yang sama. Soft board yang sama. Room-mate yang tidak sama. Kerusi yang tidak sama. Cicak? Sahabat penaku manaaaa? Oh kau cicak, lepas kau buang tahi-tahi kau dalam locker meja aku, kau blahhhh macam tue je eh? Kau tahu bukan sebutir dua, malah berbutir-butir okay! Vongoks.
Aku berdoa sentiasa dipermudahkan urusan aku disini lagi-lagi berkenaan dengan final year project. Its okay to have some problems, but harap-harap takde yang besar-besar sebab aku tak kuat nak hadapinya. Sentiasa dicurahkan idea-idea yang best untuk tajuk proposal. Nak yang simple, tapi yang ada kualiti. Amin.
Okay, next entry aku tunjuk bilik aku pulak okay?
Kbye. (PERLU KE?)
Kbye. (PERLU KE?)
2 comments:
Haha Laila......
This semester aku rasa plg mencabar sekali...tapi try to over come rasa nebes tuh.
btw,gudluck!!
Dila..
Takpe Dila, biasalah tu cabaran2 tue.
Setiap orang berbeza cabarannya.
HADAPI DENGAN SENYUMAN.
hehehe
Good luck to you toooo! :))
Post a Comment