Alhamdulillah.
Today aku off. No yeayy, bosan doh bosan! Alangkah bestnya kalau masa praktikal aku suka pergi kerja macam niekan? Tak payah nak mark kalendar tiap-tiap hari menunggu masa "dibebaskan". Sekarang tak sanggup nak tengok kalendar sebab tak nak sambung belajar lagi sebab belum puas kerja dengan dorang yang best-best! :( Dahlah makin hari makin sikit. Tolak cuti raya semua. :'(
Aku balik kadang-kadang pukul 11pm, kadang-kadang nak pukul 1am pun ada sebab lepak-lepak dulu. Der, aku baru nak merasa life macam nie. Aku happy. Even aku balik penat and sometimes terus tertidur, tapi aku bahagia. Tanya mak aku. :) Tapi bhai, sejauh mana aku melangkah, sekenyang mana aku makan atau sebuncit mana perut aku sekarang, aku balik tetap akan menjamah masakan mama aku. Bukan setakat menjamah tau, tapi terus melantak. :') Lagi heaven bila balik ada sambal udang, gulai lemak kangkung. Perghh, nikmat. Aku mana ada dah makan staff meal 1/4 chicken with rice tue. Kadang-kadang member siap tanya "Laila nak tak ayam, Laila?" Sedekah jelah kat dorang. Aku pun tak faham, nak bertahun kerja kat situ, tak bosan ke makan? Aku yang baru sebulan lebih, pandang sebelah mata je sekarang. Gila riakkan? Hahaha.
Last Wednesday, kiteww dating! Yeayy! :') Fazri datang dari jauh semata-mata demi I, noks! Kata sayang girlfriendkan? :p So, kami just spent sehari je sebab ku kerja keesokkan harinya. Disebabkan date dibulan puasa, so pergerakkan kami terbatas. Eceh. Haha.. Just jalan-jalan and dengar bebelan comel daripada Fazri kita nie. Badan dia pun makin susut. Buatkan aku rasa nak paksa dia kahwin cepat dengan aku and aku akan masak banyak-banyak supaya dia gain balik berat badan dia. Kesian weh. :(
Fazri bertindak comel dengan membelikan aku seutas gelang tangan yang sebijik design dengan gelang yang hilang sebelum nie. :') Terharu. Rasa nak menangis sambil keliling Mid Valley tue pun ada. Comel. And thanks untuk perfume. Pakai setitik je, tapi satu kedai tanya and puji kewangian perfume tersebut. Thanks Sayang. :')
First time dapat berbuka sama-sama. Oh, comel. Aku pun bertindak comel dengan memakai baju kurung. Oh, comel lagi. Oh, kami pasangan yang comel. Oh, memang comel.
Masih dalam keadaan yang sangat terharu kerana sudi turun KL melawat girlfriend yang comel ini. Thank you, baby. Thanks so much.
Sabtu lepas pulak, aku terpaksa skip kerja disebabkan komitment bersama keluarga. Yes, shopping raya peringkat I. Jangan terkejut kerana abang Long ku yang belanja. Err. Kad kredit. Haha. Pergi OU, Jusco tengah renovation pulak. But then, dapat rembat sehelai dua baju. Then, headed to Wangsa Maju pulak. Aku just beli baju kurung cekak musang. First time rasa puas hati beli baju ready made punya. Sebelum nie beli mahal-mahal tapi tak pakai sebab BESARRRR! Eh, aku kurus okay. :p So, thank you Long sebab belanja and habiskan dalam RM600 lebih. Aku takde mood nak shopping sebab kena ponteng kerja. Boleh? Haha.. Cuba kalau aku terapkan budaya nie sem depan. Sure Datin Fai demam. Kahkahkah. :p Bersabarlah tunggu shopping raya part II. Terima Kasih, PM! Even, half month. Takdelah banyak sangat tax kena bayar tahun niekan Ma? :)
And, thank you kakak kesayangan kita, Nabila Mat Isa sebab susah-susah je hantar kad raya. Awak comellah. Even dulu dia and aku saling kutuk mengutuk antara satu sama lain, now dia dah jadi antara insan yang paling aku sayang. :') So, next Monday gaji masuk. So, orang-orang terpilih akan dapat kad raya daripada aku. Statement macam aku nie kakak angkat Justin Bieber kan? Silalah boooo aku ramai-ramai. By the way Kak Bella, kata-kata awak dalam kad tue buatkan saya tersenyum sinis dipagi hari. Haha.. Thanks tau. Ingatkan kad kahwin dah. Nervous jugak nak bukak semalam. hehe. Oh ya, untunglah orang tue dapat bonus. Dah tak nak ajak belanja makan dah. Sebab bulan Februari hari tue kot dengar nak belanja. Der, apa cite nie? :p
So far puasa aku berjalan dengan baik and lancar. Alhamdulillah. Buka puasa kat rumah memang heaven sebab macam-macam mama kita nie masak. Satu perkara yang awak perlu tahu, mama kita tak suka pergi bazaar okay. Aku kalau kerja mesti WAJIB berbuka dengan air tebu and nasi tomato. Bazaar kat Bangsar cekik darah sikit (bukan sikit, banyak). Rindu nak pergi bazaar kat Sri Serdang. Nasi tomato RM5 je tapi nasi kemain banyak. Plus ada kurma daging. Ayam masak merah sedap and besar. Buurpp. Rindu nak pergi bazaar dengan kawan-kawan and bekas room-mate. Rindu nak berbuka dengan bekas room-mate. Makan dua orang, tapi lauk terhidang macam nak makan 10 orang. Rindu Kak Bella, Kak Faz, Ecah and Ila. Hidup diperantauan sahur memang tak terurus sikit. Kadang-kadang sahur makan ayam goreng beli masa berbuka and nasi dengan kicap. Tuelah paling heaven. Lagi-lagi dapat room-mate susah nak bangun sahur, lagi mencabar hidup aku. hahaha.. Semua itu memori.
Okaylah, itu je nak cerita. Salam Nuzul Al-Quran buat semua. :)
p/s: aku malas nak transfer gambar dari handphone ke laptop. Malas nak cari USB. Eh, semua bendalah aku malas.
No comments:
Post a Comment