Tinggal 14 hari lagi sisa-sisa praktikal. Pejam celik, siang malam, itu ini, sana sini, sekejap je masa berlalu. Sekarang bolehlah kau kata sekejap, dulu kemain sehari bagaikan 10 hari kat office tue. Alhamdulillah.
Sepanjang praktikal, macam-macam yang aku belajar. Macam-macam pengalaman yang aku dah dapat. Macam-macam ragam client yang aku jumpa dan macam-macam jenis makanan aku dah cuba dan macam-macam lagi.
Aku percaya setiap apa yang kita lakukan haruslah bermula dari bawah. Bagaimana engkau boleh sampai ke level 19 kalau tak dari level G, bukan? Lainlah kau parking kat The Gardens, sebab nak sampai ke mall dia kau kena turun bukan naik. But, still lah kau kena panjat parking dia dari bawah sebelum sampai atas. Tapi, jangan parking atas sangat sebab nanti kau kena beratur panjang nak bayar tiket. The Gardens punya sistem memang kuno sikit. Autopay machine sebijik pun kedekut.
Dimana kita tadi? Ya, semuanya dari bawah. Aku akui at first three months memang aku blur-blur lagi. Engkau jangan kata "weh, tiga bulan kot, takkan kau tak reti-reti nak catch up kot?" Banyak sangat engkau punya kotkan? Tiga bulan merupakan jangka masa yang pendek sebenarnya nak faham semuanya. Pendek.
Alhamdulillah. Sekarang sedikit sebanyak aku happy dengan keadaan aku sekarang. Kerja aku. Happy. Susah nak bangun pagi itu takde kaitan dalam hal ini. Itu masalah peribadi yang belum terlintas lagi untuk aku mengubahnya. Esok esok nak kahwin baru mulakan langkah. Ye tak? Sekarang tak boleh lagi sebab cepat riak. Asal bangun pukul 9am je huha huha kat sana sini sebab bangga diri boleh bangun awal padahal dah bantai tidur awal gila malam tue. -_-"
Okay, suka lari topik. Ya, aku happy. Alhamdulillah. Aku dah boleh catch up serba sedikit dengan apa yang aku buat. Dan boss pun dah berani bagi aku buat audit sorang-sorang. Tapi pleaselah maybe belum sampai mengaudit company yang accountnya tahap demam denggi. Tengok senior pun lesu, headache buat audit macam tue apatahlagi aku yang mana pengalaman sangatlah zero. Ala-ala beli kereta melalui skim graduate-zero downpayment.
Aku tak pernah berhenti belajar. Kat office, daya pemerhatian kena tinggi. Dan aku selalu bergaul dengan senior-senior. Mereka pun selalu bercerita mengenai company-company yang bermasalah. Nie kalau engkau takde skill nak stalk orang, memang ambil masa nak kenal setiap client yang ada even engkau tak terbabit pun dengan company itu.
Aku kat office semua kerja aku buat. Alhamdulillah sebab boss pun pernah cakap yang dia tak nak staff dia hanya tahu satu benda sahaja. Sebab itu dia bagi kerja macam-macam. Walaupun agak boring, tapi kena think positive apa final prooduct yang engkau akan dapat daripada kerja yang boring itu.
Aku bermula dengan accounting. Bila dah start buat accounting, baru aku tahu skill and knowledge aku tentang accounting sangat rendah. Aku admit. Aku tak malu nak mengaku. Tapi boss tak pernah give up dengan aku walaupun kadang-kadang maybe tension dengan kelembapan aku. Satu je aku niat. Biarlah orang nak kata apa, janji masa yang ada ini aku nak gunakan untuk memperbaiki kelemahan aku. 'Boss, bagi I masa'. Itulah aku sering katakan dalam hati. Dan alhamdulillah baru-baru nie buat accounting macam biasa, sambung bulan seterusnya and guess what semua betul. Boss pun go through macam itu je. Selalunya penuh dengan pen merah. Alhamdulillah. Bertambah semangat aku.
Selain accounting, aku juga buat secretarial. Yang nie memang stress free. Dari sini juga, kau boleh tahu segala forms yang ada. Form 9, 13, 24, 44 and sebagainya. Form nie pentinglah sebab nak tahu director, shareholder, registered office and sebagainya. CCM tue dah macam second office aku dah. Esok pun kena pergi CCM nak submit document and bayar kompoun untuk client. Seronok. Dahlah CCM tue wangi and sejuk.
Audit pun lately boss dah berani bagi aku buat semua alone. Aku suka buat stat audit. Dulu blur, biasalahkan. Sekarang, bagilah semua company yang ada. Insya allah boleh buat. Senang. Satu company boleh ambil masa 15-20 minit je. Alhamdulillah. Full audit pun sekarang dah okay. Dulu selalu buat vouching P&L je. Selalu rendah diri bila boss suruh buat audit "bagi I vouching jela!". Kak Nurul pula selalu bagi galakkan "belajar buat balance sheet, Laila. Belajar!" And aku ambil itu as cabaran untuk diri sendiri. Dulu kalau buat balance sheet paling senang fixed asset. Sekarang alhamdulillah. Eh tapi jangan bagi buat deferred tax okay? Oh by the way, Apa itu deferred tax? -_-" haha now, I'm sooo in love with accounting and audit. Give me more, boss!
Aku tak cakap aku dah master semuanya. Tak. Bukan. Tapi kalau bagi level. 4 over 10. Banyak lagi perlu aku belajar. Jangan pernah bosan and jangan segan nak mengakui kelamahan yang ada. End up akan termakan diri sendiri. Tiap masa aku berdoa supaya tenangkan hati boss aku supaya bagi aku masa. Tenangkan hati aku sendiri. And macam-macam lagi.
Kat twitter aku suka follow seperti @thingsinlife sebab aku suka baca. Kadang-kadang terasa kot. Down je bila baca. Tapi jadikan tweets itu motivasi untuk diri sendiri.
Aku juga nak say thanks to soul mate saya. Tak, bukan BB saya. Nie soul mate sehingga hujung nyawa, Fazri sebab sanggup menadah telinga dia untuk aku cerita macam-macam mengenai kerja aku. Kadang-kadang kalau aku tak cerita satu hari, dia mesti tanya "macam mana kerja hari ini?" Aku takut juga dia bosan sebab hampir setiap hari aku cerita yang sama. Yes, aku pernah beberapa kali menangis dengan tekanan kerja ini. Dia pula sentiasa positifkan aku. Always be there for me. Kalau mood lain sikit, dia fahamlah kenapa. Takde benda lain dah. Last two weeks masa dia tanya macam biasa and aku terus jawab "happy sebab accounts yang buat tue takde salah! And kerja sekarang dah okay". Aku dengar suara dia pun happy. Oh my God, sebak pula bila teringatkan balik. :") tak boleh imagine kalau dia takde. Oh tak nak, tak nak, tak nak imagine apa-apa.
Note to myself.
Untuk sisa-sisa yang mendatang, teruskan berdoa supaya dipermudahkan segalanya. Jangan berhenti berharap. Teruskan belajar. Down to earth. Respect semua orang. Bekerjalah secara ikhlas. Nak merungut boleh tapi jadikan ianya untuk melepaskan tekanan. Yelakan, mana boleh simpan. Kang meletup. Habis berdebu kawasan sekeliling.
P/S : Ya Allah semoga kau permudahkan segalanya. Lembutkan hati boss aku dan orang sekeliling aku jika aku ada terbuat salah dan silap. Tenangkan dan ikhlaskan hati aku dalam melakukan semua perkara. Kau Maha Besar. Ameen.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment