Monday 10 January 2011

Working and Dating

Memang sangat berbeza working life and dating nih. Apa? Kau tak pernah date? Kesian kau. Haha.. Kat library pun boleh date okay! Tapi kena pandai coverlah, macam buat-buat bawak buku math ke, takpun buku matematik ke, kalau susah sangat mathematics pun boleh juga. Eh hai Nazirah. Heeee :p







Lepas final exam sem lepas ada masa dalam seminggu untuk berehat bagai sebelum menuju ke alam pekerjaan. Dalam seminggu tue kalau boleh nak masa bergerak dengan kadar yang sangat perlahan malah kalau boleh tak payah bergerak langsung.


Tapi,


Kalau nak dating, pergh tak payah cakaplah. Kalau hari ini hari Ahad, macam nak skip terus ke Jumaat depan. Tak sabar katakan! Memandang kami nie spesies LDR dan setahun dalam 2 kali je jumpa, so imagine macam mana perasaan tatkala tahu si dia akan kembali ke sisi anda. Kalau boleh nak si dia terus terbang ke sini dengan kadar yang segera! Sehari bagaikan 100 hari. Angau habis!










Bila tidur, hampir tiap jam mesti terjaga nak tengok jam pukul berapa. Terjaga pukul 2.30am, fuhh, awal lagi, awal lagi. Sambung tidur balik. Terjaga pulak pukul 5am, alamak dah pukul 5. cepat-cepat pejam mata. masa nie dah sampai tahap macam sesaat pun tak boleh dibazirkan. Kalau bangun masa hujan, memang sangat menguji iman. Nasib baik tengah praktikal, kalau tak memang saya sambung tidur baliklah jawabnya. Bangun pun macam kena paksa je memikirkan NIEPRAKTIKALOKAY!KAUNAKGREDMEMUASKANKEATAUTAKMEMUASKAN?KAUPILIHSEKARANG. Baiklah, saya bangun!


Tapi,


Hampir setiap jam buat-buat terjaga. Pukul 2,3 am still tidur tak nyenyak. Tidur dalam debaran. Excited tak payah cakaplah. Macam lama gila masa nie bergerak. Dalam erti kata lain, macam tak tidur je. Plus, nak update dimana si dia berada. Tunggu punya tunggu, akhirnyaaa. Saya bangun dengan willingnya, tanpa paksaan mana-mana pihak. Ikhlas sangat dari hati yang suci ini. Huh..










Hampir setiap minit mesti tengok jam tak sabar nak pukul 6pm, buat kerja tersengguk-sengguk sebab sunyi sangat kalau bos ada. Mengira detik, pukul 3pm, pukul 4pm. Nak masuk pukul 5pm mesti berdoa harap-harap bos datang then cakap "Today you guys boleh balik pukul 5 lah since we are not rushing!" Kalau boleh nak bagi award bos paling berdedikasi, sporting dan baik hati!


Tapi,


Sedar tak sedar, aik dah pukul 4pm? Cepatnyaaaa. Dahlah stay kat rumah, gila nak balik malam-malam. Masa nie redha jelah kalau tiba-tiba emak call dalam toilet suruh balik cepat dengan nada marah-marah. Menurut arahan, balik tanpa kerelaan hati sambil menitiskan air mata. :'(









Kalau bos dah bagi lampu hijau suruh balik, tanpa berlengah mesti terus pack barang tak sabar nak sampai rumah. Jalan punya laju. Kadang-kadang je cover line buat-buat fokus kerja, bila bos suruh balik, "Eh, dah pukul 6pm ke? Kejap lagi saya balik, nak siapkan kerja nie sebentar." Baik punya cover.



Tapi,


Bila tibanya masa nak balik, berat sangat kaki nak melangkah. Kalau boleh nak terus pasang khemah je kat tengah-tengah Mid Valley tuh.








Sekarang kena tunggu lagi 8,9 bulan untuk next date. Nice kan? :(





p/s : Nazirah, nanti aku buat ye. Soalannn banyak sangat. Hehe. :D

No comments: