Sunday 19 December 2010

Selamat Pengantin Baru!

Hello.


Semalam (18hb Disember 2010), selain hari persandingan Kak Faz, ianya juga hari makan "jam"!
Kita simpan dulu hari persandingan Kak Faz ye semua. Apa yang saya nak cerita disini ialah, minggu ini merupakan minggu traffic jam saya!
As you all may know, sekarang saya sedang berpraktikal, maka kerja-kerja audit menuntut saya pergi kehulu-hilir. Best dapat keluar office (anda kena tahu, saya PALING tak suka berada di office, MENGANTUK!) nie, tapi paling best dapat makan jem free tiap kali keluar.





Semalam merupakan klimaks untuk traffic jam minggu ini. Saya cerita nie ada kaitan ye dengan wedding Kak Faz. Sila baca sampai habis.







Sebelum pergi wedding Kak Faz, kami terlebih dahulu pergi ke wedding anak pengetua emakku (Tiap-tiap tahun kot!). This year anak ke-empatnya, dan juga merupakan senior Long di SMAP Labu dulu. Perjalanannya sepatutnya mengambil masa dalam 30 minit (I guess), tapi semalam 1 jam lebih kot nak sampai gara-gara kesesakkan lalu lintas nie. Sampai sana pun almost nak pukul 2.






Dpendekkan cerita (sebab aku dah mula malas nak menaip), sampai rumah Kak Faz dah pukul 4 lebih. Sampai je, tengok mereka sedang mengemas tempat makan semua. Meja pun dah takde. Tapi takpelah, nasib kami dah makan dimajlis anak pengetua emak tadi. Tapi hakikatnya, kami tetap lapar kot. Tak breakfast pun. Makan pun sepinggan je masa majlis anak pengetua emak. (biasanya saya makan berpinggan-pinggan ye!)






Kak Faz tetap hidangkan kami wedding cake dia. Jadilahkan? Emak pun kempunan nak makan tempoyak emak Kak Faz (Emak mengharap sebenarnya. Sebab masa tunang dulu, emak dia menghidangkan masakan kampung.)








Basically pergi sana pun just nak tunjukkan muka and nak sampaikan hadiah. Sebab saya dah give up dengan jem and sesat nak cari jalan kerumahnya. Lebih kurang 10-15 minit macam tue, kami pun chioow!







Here are some pictures!









With pink theme. Dua-dua mempelai so dammmm handsome and gorgeous! Emak aku tak habis-habis dok mencanang kehenseman suami Kak Faz (Kena biasakan Kak Faz and suaminya. Ye, suaminya. Bukan suamiku. Haha). Lalu, terkeluarlah statementku, "Kalau ma nak tahu, muka Fazri pun macam muka Abang Raif! Kak Faz pun cakap macam tuh!" T__T Kan Kak Bella kan? Kan kan? :p









Abang Raif and Kak Faz (aik, dah pandai mendahului nama abang Raif. Bye Kak Faz! Haha.) offered me duduk tengah-tengah tue. Gila ke apa. Kalau mak aku takde, bolehlah aku tergedik-gedik, tak payah tunggu offer. Dah depan mata kan? Wakaka.








With my family.
Tenkiu. :))








"Boy in heart!"







Adik kesayangan yang selalu kena suruh-suruh pastu melawan!




Kesimpulannya, I tak lapat ketemu itu sama I punya loom-mate ever. Sebab ha, dia ala itu appointment mahu rebond dia punya lambut yang tarak pernah cantik!
:P





p/s : Kak Bella, kalau ada typing error ke apa, text jela! Tak payah call time I tengah kerja eh? Haha.. :p

No comments: