Wednesday 8 December 2010

Kakiku melecet.




Bersesuaian dengan tajuk diatas, melecetan ini terjadi gara-gara hari ini bersamaan dengan 8hb Disember, saya telah berjalan diatas kaki sendiri ke tempat kerja. Independentnya dia. Auuww. :p






Ini juga gara-gara emak mempunyai meeting pada pukul 8am, oh tidak mahu saya menunjukkan kerajinan yang melampau dengan datang kerja seawal itu. Bila menunggu, bukankah masa menjadi terlalu lambat? Kan?







Dengan itu, saya menunjukkan keberanian dengan berjalan diatas kaki sendiri menempuh jalan raya yang tak sudahnya dilalui oleh kereta, tak kisah samada automatik mahupun manual.
Semuanya berlumba-lumba ke destinasi bajet masing-masing.







Perjalanan hanya mengambil masa dalam 20 minit sahaja dari rumah. Tidak melalui jalan-jalan sunyi yang boleh mendatangkan kecurigaan hati ini. Semua jalan diredahi oleh manusia yang semuanya sibuk pulang ke pangkal jalan, eh belum lagi. Yang sibuk ke tempat kerjaan masing-masing.







Hikmahnya ialah, baru saya tahu disitulah Balai Berita NSTP. Lepas nie, kalau baca Pancaindera ke, Mangga ke, bila si penulis buat mukadimah karangan contoh "Rozita Che Wan tampak cantik dengan hanya mengenakan solekan tipis sewaktu kunjungannya ke BALAI BERITA di Jalan Riong, baru-baru ini." Dengan nada riaknya, saya boleh berkata "Hoi, hoi.. Dekat je dengan tempat praktikal aku tue!" Ada kaitankah? Saya tak perlu membayangkan bila sebut Balai Berita di Jalan Riong, terus membayangkan Brickfields. Ala, tempat adanya Little India tuh!







Seharian berjalan hari ini, membuatkan kakiku melecet sampai terbentuknya gelembung-gelembung air. Mulanya tak perasan, tapi rasa sakit. Bila dah naik kereta sewaktu emak ambl, terus menatap kaki ini. Ya Allah, punya besar gelumbung dia.







Nak tengok?
















Marilah merenung dosa-dosa yang ada. Moganya, dosa dapat dikeluarkan melalui "tiub" air ini. :)






p/s: Hari ini pukul 5pm dah balik. Yehhhaa.. :D

1 comment:

Laila Natasha said...

Buruknya kaki awak!!