Friday 3 December 2010

Internship



1st December 2010 adalah tarikh keramat bagi saya yang tak pernah makan gaji dengan mana-mana pihak. Kecuali, makan duit parents (especially emak) merupakan kehebatan saya. :) Jadi, dengan tarikh tersebut bermulalah Latihan Industri saya. Maksudnya, I am in my 6th semester, and I have 2 semesters to go. Wooooww, cepatkan? Baru rasa macam semalam je baru habis last paper kat matrik. Masa tue tak sabar-sabar dah nak keluar exam hall sebab family dah sampai kolej and tolong packingkan barang-barang. Lepas tue, rasa sebak nak tinggalkan matrik yang mana kawan-kawan dan lecturers yang sangatttt best! Okey, dah terkeluar topik. Itu mukadimah yang nak menunjukkan masa berlalu sangat pantas!





Im doing my internship at Wai & Co Sdn. Bhd. Somewhere in Bangsar, to be more specific di Menara Mutiara Bangsar. Dekat dengan rumah, tapi jauh. Jauh bukan apa, kena lintas jalan semua. Heh. So far, pergi dan balik semua emak yang hantarkan dan ambilkan. T__T (Tak tahu samada betul atau tak penggunaan icon nie untuk ayat tersebut. Tapi nampak macam sesuai je. heh.)





-First Day-
Walaupun office dekat, time management sangat penting bagi orang macam saya yang lambat bersiap tapi suka bersiap lambat. Do you understand (Favorite word bos saya)? Kalau first day macam biasa, berkenalan and briefing sekejap by Mr.Boss. Seriously, bos dah macam lecturer sendiri. Beliau explain tentang accounting, trend terkini accounting dan sebagainya. Beliau juga brief untuk task hari itu.




Saya bersama-sama dengan seorang senior, Kak Nurul pergi ke Taman Desa untuk buat full audit. Kak Nurul pun banyak tolong tunjukkan cara nak buat full audit. Untuk auditor, company akan sediakan satu bilik untuk auditor buat kerja. Dalam bilik tersebut semua dah complete file-file yang berkenaan. Financial Statement untuk company nie prepared by non-accounting staff, maka balance sheet tak balance, sebab dia buat manual. Tak guna apa-apa software accounting. So, first timer macam saya memang agak pening kepala nak cari breakdown untuk setiap items.




Walaupun balance sheet tak imbang, tapi filing company sangatt bagus, kemas, rapi dan seangkatannya. Senang nak cari dokumen-dokumen yang berkaitan. Menurut pengalaman Kak Nurul, ada company yang filing teruk. Memang akan fening-fening lalat nak mencari dokumen.





Banyak juga knowledge yang baru dapat. Terms yang baru untuk auditing (eg. breakdown). Auditing juga ada working papers. So auditor kena completekan working paper tue bila buat auditing.




Satu hari buat audit dekat situ sampai pukul 4.45pm macam tue. Sampai sana, terus boleh balik! Yeayy! (Working hours 9am-6pm). Terus called emak suruh ambil. Hee.. Sampai rumah sangat kepenatannnnn. Yelakan, 9am-6pm tanpa break. Ada break sejam, Tapi, apalah sangatkan?





Percaya atau tidak, masa tue hanya bawak berapa sen je. Ohhh, sedih! Lupa nak withdraw duit. Bila Kak Nurul tanya tak makan ke, saya hanya jawab "puasa kak." Sedihhkan? Nasib baik buat kerja dalam air-cond, so perut tak meragam. Nice perutku. Awak sangat behave!





Nasib baik juga semua transport diuruskan oleh bos. So tak payah nak keluarkan duit ke apa. Kalau takkk ___________. Saya pun takde jawapan.





-Second Day-
Hari kedua pun ada briefing sekejap dengan bos untuk task seterusnya. Beliau bagi satu file company's client. Then, dia suruh key-in setiap transaction yang ada (untuk tiga bulan pertama). Ini assignment tau, bukan betul-betul punya. See, baikkan? Maksudnya, beliau test kita mengikut stage by stage. Takkan terus bagi nahhhhh, one year punya transactions, record semua! First quarter punya pun gagap nak buat, apatahlagi one year punya.





Bila key-in jangan ingat simple macam UBS lab tue. Tue pun kita tak tahu betul ke takkan? Main hantar je. So, bila buat dengan bos, baru tahu susahnya nak buat. Siap memang siap, tapi jangan ingat bila dah siap semua, kau punya itu betul.





Hampir tamat office hour, baru siap semua. Bos tak payah check, dia tengok pun tahu ada yang salah. heh. Bos pun ambil initiative explain semula. Seriously, memang keliru plus setiap company berbeza accounting treatment. But still, rujuk kepada basic, kan.





Pada hari yang sama, saya bersama-sama dengan Kak Nurul lagi pergi secretarial company (means that, a company kena appoint another company untuk jadi secretarial company untuknya. Secrectarial company selalunya audit firms juga, dan tugasnya untuk simpan file-file yang berkenaan AGM, shareholders, director, etc.) somewhere in Taman Desa juga untuk buat statutory audit. Statutory audit agak simple, tapi yelakan first timer mana nak familiar lagi dengan form atau minutes book nie. Nak cari item-itemnya. Dalam 30-45 minit boleh siap.





Oh, hari kedua ini bawa duit belanja. Emak bagi nafkah. Hee..




-Third Day-
Hari ketiga just sambung kerja yang key-in transaction itu. Dan sekali lagi bos panggil dan explain. Baikkan?






Memang niat beliau nak train kita sebab dia pun pernah jadi student (local graduate). So, dia cukup faham kelemahan dan kekuatan local graduate student nie. Mengikut pengalaman dia, dulu dia praktikal di salah satu Big Four. Memang banyak kerja kena buat dan pengalaman yang dapat. Tapi tak banyak knowledge yang dia tahu tentang dunia sebenar, sebab dia diberi kerja tapi jarang diberi exposure.






Hari ini pun beliau bagi satu kerja lagi dengan Kak Nurul, kena pergi Bangunan SSM di KL Sentral (inilah salah sebabnya, masa praktikal dulu beliau maybe expert dalam accounting, tapi beliau tak tahu cara nak form company, nak bubar company, nak form company sdn. bhd mcm mana, etc). Beliau explain kedudukan SSM. Saya diberi tugas untuk submit 2 borang bagi exist company. Simple jugaklah.





Berkenaan dengan assignment key-in transaction tue, lepas dah siap, kena pulak buat bank reconciliation. Bila dengar bank recons nampak macam senang kan? Tapi, percayalah ia sangat mengconfusekan. Kalau kita belajar direct je soalan diakan? Tapi, yang ini kita kena prepare sendiri and recons sendiri. Peningg. Buntu.





Bila dah nak pukul 6 tue, otak dah jam gila. Kalau tengah study, bolehlah lepak dengan member tambah dosa sikit-sikt dengan bergosip tapi nie buat kerja non-stop beb! Nak take five pun takut bos fikir lain pula kan? Since bos baik, tak naklah pijak kepala buat dia marah ke apa kan?





Nie dah bawak satu file balik rumah. Homework baby, homework! Fuhhh.





-Kesimpulan-
Bagi saya sendiri, kita kena kuatkan pengetahuan dari segi accounting knowledge especially basic's. Untuk adik-adik junior, nanti sebelum praktikal prepare betul-betul dalam basic accounting. Tak payah revise lebih-lebih dalam subjek audit, sebab basically audit pun refer accounting jugakkan? Untuk audit just kena tahu step pun okay dah. Buat apa kau baca satu buku audit, pada hakikatnya kau sangat lemah dalam basic account. So nanti kau nak audit apa? Takkan tengok je balance sheet ke apa dah imbang, terus consider okaykan?






Melalui pengamatan saya, kerja di audit firma, tak kisahlah apa jua kedudukan samada admin sendiri memang banyak kerja. Saya tak merungut. Bayangkan, company tutup account sama ada bulan Disember atau March atau June (kebanyakkan, okey), memang sangat busy nak prepare report semua. Like sangattt busy okey! Yang sekarang nie pun dah boleh nampak, ada je kerja nak kena buat. Balik rumah memang penat plus otak jam. Lagi sekali, saya bukan merungut.






Sebab itulah Ecah oi, bila aku pergi mana-mana kedai baju aku suka selerakkan baju itu. Kau selalu marah aku sebab kau kesian kat pekerja nanti kena lipat balik. Ish, kalau tak dorang tue takde kerja, Cah. Dahlah kerja tak perlu jana pemikiran lansung, takkan nak makan gaji buta kan?




Nampak tak rasionalnya disini?


p/s : Boleh tak letak je link nie dalam report, tak payah karang lagi dah. Heh. :p



2 comments:

uniefa abkhwurd said...

bestnyree

fruitcakespecial said...

boleh saya tau requirement utk intern kat Wai&Co? ada interview tak?