Thursday, 18 November 2010

Sunset :)


Secara jujurnya saya belum pernah melihat secara live matahari terbit atau terbenam.
Tak pernah terlintas pun nak tengok ke apa.
Dan saya tak pasti bila tengok sunrise or sunset bersama the loved ones, adakah ia boleh diklasifikasi kan sebagai satu perbuatan yang romantik? *Think Hard*




Walaupunbagaimanapun (ini contoh teknik ayat bekas guru kaunselor saya menarik perhatian audiens untuk mendengar ceramahnya. Ceramah tetap ceramah, Cikgu! B.O.S.A.N. Eh, nie bukan ceramah agama ke apa. Nie ceramah motivasi macam tuh. Harap maklum.) baru-baru nie saya terlintas untuk captured some moments yang cantik yang membabitkan sunset ini. Tapi takdelah sampai pergi Bukit Ekspo, kan? (Tempat tipikal bagi student UPM untuk tengok sunset.)




Pertama. Hanya dengan memastikan kelas anda habis pukul 7 petang. Kemudian, anda kira-kira perjalanan anda sampai ke kolej dalam masa lima belas minit atau setengah jam.




Kedua. Sediakan kamera DSLR Nikon anda. Atau apa-apa kamera dan kalau boleh gunalah kamera digital yang mana anda boleh review lepas anda captured moment tersebut. Jangan guna kamera yang guna Kodak tuh. Nanti nak kena print pulak kan? So, leceh nanti. Dan, saya hanya menggunakan kamera telefon bimbit Sony Ericsson err.. (Sumpah aku lupa model apa. Hee.. )



Ketiga. Anda nampak sunset? Yang langit ada warna kuning jingga tuelah sunset. Sebelum tue make sure tue bukan lampu fun fair atau lampu Kapal Terbang ke apa. Takkan lah kan? Hee. Okey, dah nampak? Sekarang spot tempat yang best untuk capture sunset yang cantik dan indah tue.



Keempat. Kemudian review captured anda. Mana-mana yang pakai manual tuh, pergi print dululah noo. Kot-kot tak cantik ke apa, so boleh snap balik.



Lihat hasil saya. Dengan cuma menggunakan kamera handphone sahaja yang bernilai RM600 ++ (mesti Ecah kata aku poyo sebab aku selalu cakap handphone aku mahal. Mahal dari ex-BlueBerry dia. haha. Nok buek camno? Memang mahal. Ngeh.)




Oh, a bit shaky. Fine, scroll bawah.




Orait, much better. :) Oh lupa nak mention, nie lepas kelas Public Sector Accounting I.




Yang nie depan bilik sahaja. Lepas tension study apa entah then keluar bilik, tengok-tengok Masya Allah. Cantik sangat.




P/S : Nie bukan gambar google okey. I tak mainlah google-google nie. Eceh. :p Those photos originally taken by me. Okey, should study NOWWW!


No comments: