Sunday, 20 March 2011

Bagan Lalang.

Ini satu lagi entry yang berbaur basi. Kejadian ini berlaku pada 2,3 hari before my birthday. Kiranya celebrated in-advancelah sebab PG pun akan balik UTM semula on 6th Feb.





Bulan Feb bulan paling best sebab kami banyak makan besar. Yela, bukan senang nak completekan 9 orang ahli rumah ini. Faham-faham jelah. Kapten Skudai ini bila dah balik UTM, memang tak tahu jalan pulang ke rumah. Tapi, masa ini pun tak complete sangat sebab papa kerja. Tapi takpe, dah biasa. Hahaha..






Perjalanan ke sana memang panjang dan lama sangat nak sampai. Nasib mama nie jenis yang kalau nak pergi mana-mana mesti kena awal. Like, awal gila kott. Thanks to mamalah. Kalau tak, mahu malam sampai.








The best thing bila sampai sana was, rupanyaaaa ada pantai dan ramai je yang mandi-manda. Mama beriya-iya cakap pantai nie tak boleh mandilah, apalah. -_-" Nasib sampai awal. So, boleh lepak-lepak kat sana, buat video clip ke apa. Tengok pantai yang cantik. Pasir tak payah cakap. Lembuttt, halus dan cantikkk sangat. Percayalah. Lagipun, saya suka pantai. :)






Sampai sana jadi blur. Nak mandi, tak bawak pakaian lebih. Takkan nak bogel tengah-tengah pantai tukan? So, ternampak ramai yang main layang-layang. Apa lagi rembatlah tiga. Macam jakun pun ada jugak. Yela, Lamaa gila kot tak main. Si Ayu and Asha ni saya rasa tak pernah main kot. Orang bandar memang jakun lebih (Ayu and Asha).






Yang ini konon pro lah kan? Gaya je lebih.







Samalah yang sorang nie. Gaya je lebih.







See.. kalau terbang elok ni, saya yang terbangkan. Hee..







Oppss. Haha.. Kan dah tersangkut. -_-" Ini si PG yang buat okay! Lagipun, layang-layang ini ada masalah sikit. Rugi duit haku!






Mencuba sedaya upaya nak keluarkan si layang-layang yang tersangkut ini. Ini pun ramai dah tengok-tengok kitorang terkial-kial keluarkan benda alah ni.







Long sempat main 5 minit je. Pancit ke apa?







Yes, we are.








Siapa paling lawaaa? Heh. :p









Haa.. ini satu hal nak cerita. kami bukanlah peminat setia kek. Makan pun macam tue je. Dua kali telan pun dah cukup. Sebab tue tak pernah demand nak kek apa. Just sebagai pelengkap je. Yela, mana nak complete celebrate birthday without cake kan. Nak tiup-tiup lilin semua. Bila dah settle semua, kek itu akan jadi perhiasan dalam peti ais. Tunggu masa nak buang je. Tapi selalunya kami akan bagi jiran-jiran. Saja nak highlight nak tunjuk baik gila ada jiran macam nie.





So, this year tiba-tiba rasa nak kek Secret Recipe. Dahlah masa nak beli, punya lama tunggu nak. Siap boleh berkelah kat situ tibai 3,4 jenis kek. Pastu, dahlah kek ni paling mahal, paling tebal dan paling bla, bla, bla..






Tengoklah apa jadi.





Cake ini melting doh. Ini gara-gara duduk dalam bonet dan melalui jalan yang panjang dan panas. Inilah hasilnya. Rugi duit mak haku!





Close-up sikit.

"Happy Birthday to PG & Yaya". Every year memang kami celebrate sama-sama sebab selang berapa hari je birthday kami. Tapi, tengoklah. Nama saya pun segan-segan je kat situ. Kejam kan. Mama siap tanya "nak beli yang lain ke?" Emm.. kita yang rasa bersalah sebab rugi macam tue je, tapi mama siap tanya macam tue lagi sebab takut saya kempunan nak makan. :')
Haha.. tak kisah pun.








Anak emak yang jauh diperantauan.







Anak emak yang senantiasa disisi. :D







First time makan sotong kena lumur dengan tepung. Okaylah. Bukan favourite. PG yang nak.







Tomyam! Favourite. Lagi pedas dan masam lagi best!






Tengok aku makan. Sopankan. Tak kira dimana dan bagaimana, mesti kena bersila.







Puas! Tomyam seafood. Ketam masak pedas. Udang masak butter. Sotong kena lumur tepung. Lala masak sweet sour. Kailam ikan masin. Siput yang panjang (lupa nama panjangnya). Favourite mestilah ketam dan lala. Siap request kat pakcik yang ambil order-"Ketam masak gulai ada tak?" Hee.. Gulai is always be my favourite, hingga hujung nyawa. Semua ini cecah RM200 lebih.







Nicekan? :)





Lepas maghrib, kami berangkat pulang. Well, hari yang best. Seafood day! :D

4 comments:

cik dila said...

dulu selalu pg sini dgn ex-bf..
eceh! terkenang pulak la..tp,mmg seronok lepak situ..

LaiNad said...

Dilla..
Ececeh.. tapi takpe, boyfriend kali nie sure lagi best! Anytime boleh. hee.. :D

Siti Nurhayati Dollah said...

Dah boleh bayangkan mulut budak nama Laila Nadia tu bising je masa main layang-layang.

* TOmyam sedap tu. Bersila tu perlu erk :P

LaiNad said...

Kak Yati,

Haha.. semua dapat bayangkan kan? Kata adik tirikan? Hee.. :p

Tomyam tu best, tapi johnny's lagi best! :)